Harian Metro

Kau berdua memang

- Mohd Sabran Md Sani sab@hmetro.com.my

„ Warga emas diragut 2 penyamun cedera tangan, kaki

Video pendek berdurasi 33 saat memaparkan sikap tidak berhati perut dua lelaki meragut seorang warga emas yang berjalan seorang diri di Sri Orkid, Skudai, dekat sini, tular di media sosial, kelmarin.

Kejadian yang dipercayai berlaku kelmarin dikongsi pengguna laman sosial

(FB) pemilik akaun FB Wawa Chong dengan menulis perkataan kes samun warga emas di Seri Orkid, Skudai Johor.

Dengan sindiran ia dipetik berkata ‘Orang tua pun korang sanggup rompak. Apa nak jadi la.’ Berdasarka­n video itu, mangsa yang berjalan kaki dengan berpayung dihampiri dua lelaki tidak dikenali.

Seorang lelaki mengambil sesuatu daripada kocek seluar mangsa manakala seorang lagi yang bertopi keledar menunggang motosikal menunggu berdekatan lokasi berkenaan.

Malah, dapat dilihat berlaku sedikit pergelutan mengakibat­kan warga emas itu terjatuh.

Timbalan Ketua Polis Daerah Iskandar Puteri (Operasi) Superinten­dan Ismail Dollah mengesahka­n kejadian samun membabitka­n warga emas berusia 78 tahun itu berlaku pada jam 4 petang kelmarin.

“Kejadian berlaku ketika mangsa berjalan ke rumahnya di Jalan Seri Orkid 19 dan 20, Taman Seri Orkid.

“Dua suspek menaiki motosikal dan pembonceng turun sebelum menyeluk poket mangsa lalu mengambil wang tunai RM300.

“Mangsa bergelut dengan lelaki itu, tetapi ditolak sehingga jatuh dan cedera di tangan dan kaki kanan,” katanya.

Katanya, mangsa membuat laporan di Balai Polis Mutiara Rini jam 12.12 tengah malam, kelmarin.

Menurutnya, siasatan dilakukan mengikut Seksyen 394 Kanun Keseksaan.

 ??  ??
 ??  ?? RAKAMAN video warga emas diragut dan ditolak penyamun.
RAKAMAN video warga emas diragut dan ditolak penyamun.
 ??  ??

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia