Harian Metro

Berang lapor minta duit

- Shaarani Ismail shaarani@nstp.com.my

„ Tiga pelajar ditahan bantu siasatan kes buli

Tiga pelajar tingkatan tiga sebuah sekolah berasrama penuh di Parit, dekat sini, ditahan polis kerana disyaki memukul dan membuli dua junior di sekolah berkenaan.

Kejadian didakwa berlaku di bilik menonton di blok asrama sekolah terbabit jam 1 pagi Isnin lalu, sebelum kedua-dua mangsa membuat laporan polis secara berasingan pada Selasa dan jam 9.50 malam kelmarin.

Ketua Polis Daerah Perak Tengah, Superinten­dan Mohamad Zainal Abdullah berkata, terdahulu kedua-dua mangsa melaporkan kejadian itu kepada pihak sekolah.

Beliau berkata, akibat insiden itu, kedua-dua mangsa yang juga pelajar tingkatan satu mendapatka­n rawatan di Hospital Raja Permaisuri Bainun (HRPB), Ipoh, kerana mengalami kesakitan pada bahagian kepala dan badan.

“Berdasarka­n siasatan awal, mangsa dikatakan nyenyak tidur sebelum dibawa seorang pelajar tidak dikenali ke bilik menonton di blok asrama yang sama.

“Mangsa mendakwa dipukul sekumpulan pelajar lelaki yang muka mereka ditutupi kain. Keadaan gelap di dalam bilik itu menyukarka­n pengadu mengenal pasti suspek,” katanya dalam satu kenyataan media, di sini, semalam.

Bagaimanap­un, beliau berkata, mangsa menge syaki mereka yang memukulnya adalah pelajar senior di tingkatan tiga sekolah terbabit kerana mangsa ada melaporkan kepada pihak sekolah mengenai kegiatan pelajar senior didakwa sering meminta duit daripadany­a dan rakan, tiga minggu lalu.

Mohamad Zainal berkata, mangsa mendakwa ditendang dan dipukul di bahagian hadapan serta belakang badan, selain di kepala beberapa kali.

Beliau berkata, mangsa yang dalam keadaan lemah dikatakan dibiarkan selama beberapa minit sebelum dipukul sekali lagi.

“Mangsa dikatakan cuba menjerit tetapi mulutnya ditutup. Beberapa pelajar terbabit juga didakwa memegang kaki dan tangan serta menumbuk perut mangsa dengan kuat beberapa kali.

“Mangsa turut diberi amaran supaya tidak menghebahk­an kejadian itu dan diarah beredar dari bilik berkenaan dalam tempoh lima minit jika tidak mahu dipukul lagi,” katanya.

Susulan kejadian, Mohamad Zainal berkata, polis menahan tiga pelajar tingkatan tiga sekolah berkenaan bagi membantu siasatan.

Katanya, ketiga-tiga pelajar yang ditahan diambil keterangan, kelmarin dan dibebaskan dengan jaminan polis.

Beliau berkata, pihaknya akan membuat beberapa lagi tangkapan selepas mengenal pasti pelajar lain disyaki terbabit bagi melengkapk­an siasatan mengikut Seksyen 147 Kanun Keseksaan kerana melakukan rusuhan.

 ?? Mohamad Zainal Abdullah ?? Mangsa mendakwa dipukul sekumpulan pelajar lelaki yang muka mereka ditutupi kain. Keadaan gelap di dalam bilik itu menyukarka­n pengadu mengenal pasti suspek”
Mohamad Zainal Abdullah Mangsa mendakwa dipukul sekumpulan pelajar lelaki yang muka mereka ditutupi kain. Keadaan gelap di dalam bilik itu menyukarka­n pengadu mengenal pasti suspek”

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia