Harian Metro

Tarik saman terhadap Jho Low, Rosmah Baru bertunang 3 bulan

- Mohamad Azim Fitri Abd Aziz cnews@nstp.com.my

Kuala Lumpur: Bekas Ketua UMNO Bahagian Batu Kawan, Datuk Seri Khairuddin Abu Hassan menarik balik saman terhadap ahli perniagaan Low Taek Jho atau Jho Low, isteri bekas Perdana Menteri, Datin Seri Rosmah Mansor dan syarikat pelaburan strategik negara 1Malaysia Developmen­t Berhad (1MDB), semalam.

Kes saman difailkan Khairuddin bagi mendapatka­n perintah supaya Rosmah memulangka­n set rantai leher termasuk berlian merah jambu 22 karat bernilai AS$27.3 juta yang didakwa dibeli menggunaka­n dana 1MDB.

Khairuddin juga menarik balik samannya yang difailkan terhadap Datuk Seri Najib Razak dan bekas Timbalan Perdana Menteri, Datuk Seri Ahmad Zahid Hamidi kerana didakwa melanggar angkat sumpah jawatan di hadapan Yang di-Pertuan Agong membabitka­n isu skandal derma RM2.6 bilion.

Perkara itu disahkan Peguam Yazid Mustaqim Roslan yang mewakili Rosmah dan Najib ketika ditemui selepas prosiding kes berkenaan.

Pada prosiding itu, Yazid berkata, kedua-dua pihak bersetuju dengan cadangan Khairuddin selaku plaintif menarik balik saman tanpa sebarang perintah membabitka­n kos.

Katanya, Hakim Datuk Ahmad Zaidi Ibrahim kemudian membatalka­n kedua-dua tuntutan saman berkenaan.

Prosiding turut dihadiri peguam Damien Chan yang mewakili Khairuddin.

Khairuddin memfailkan saman itu pada 16 September 2017 dan dalam pernyataan tuntutanny­a, mendakwa antara Jun 2013 dan Mac 2014, Jho Low menerusi ejennya membeli set barang kemas daripada peniaga barang kemas New York Lorraine dengan nilai AS$27.3 juta menggunaka­n wang 1MDB.

>>Tiada petunjuk positif ditemui pada operasi SAR kelmarin

Pemuda yang masih hilang selepas terjatuh daripada bot ketika memancing di perairan 10 batu nautika dari Kuala Kuantan di sini, Selasa lalu, bakal mendirikan rumah tangga, tahun depan.

Abang pemuda itu, Khairul Abu Bakar, 24, berkata, adiknya, Mohamad Ridhwan, 22, bertunang dengan pilihan hatinya, tiga bulan lalu.

“Dia baru saja bertunang dan sejak kehilangan­nya, saya sentiasa berdoa kepada Allah semoga dia ditemui selamat,” katanya ketika dihubungi di sini, semalam.

Dalam kejadian jam 3 petang, Selasa lalu, Mohamad Ridhwan dilaporkan terjatuh daripada bot gentian kaca ketika memancing di perairan itu dan gagal diselamatk­an rakannya.

Kejadian kemudian dilaporkan kepada Agensi Penguatkua­saan Maritim Malaysia (Maritim Malaysia) sebelum operasi mencari dan menyelamat (SAR) diaktifkan membabitka­n aset seperti Kapal Maritim (KM) Tatau dan Kapal CB90 bersama empat penyelam Tentera Laut Diraja Malaysia (TLDM).

Khairul berkata, tiada petunjuk positif ditemui pada operasi SAR, kelmarin yang bermula jam 7 pagi hingga 2 petang.

Difahamkan, operasi semalam diperluask­an membabitka­n jarak 23 kilometer dari Pantai Kempadang serta anggota bomba dan penyelamat turut membantu melakukan pencarian di pesisir pantai.

Mengulas insiden itu, Khairul memberitah­u, pada hari kejadian adiknya memaklumka­n ingin keluar mencandat sotong bersama rakan dan mempelawan­ya namun dia menolak kerana bekerja.

“Biasanya saya ikut dia dan rakannya keluar memancing atau mencandat sotong tetapi pada hari kejadian, kebetulan saya bekerja dan tidak dapat ikut bersama.

“Saya tidak mengesyaki sesuatu yang buruk akan berlaku kerana sejak kecil, adik berpengala­man di laut. Dia juga beritahu hanya keluar satu hari setengah,” katanya yang memaklumka­n adiknya bekerja di sebuah kilang di Pekan.

„ Pemuda terjatuh daripada bot dijangka mendirikan rumah tangga tahun depan

 ??  ?? MOHAMAD Ridhwan
MOHAMAD Ridhwan

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia