Harian Metro

Insiden tragis renjer PERHILITAN

- Mohd Azam Shah Yaacob mohdazam@nstp.com.my

Kementeria­n Air, Tanah dan Sumber Asli mengarahka­n Jabatan Perlindung­an Hidupan Liar dan Taman Negara (PERHILITAN) memberikan kerjasama sepenuhnya kepada polis berikutan kematian renjer jabatan itu selepas terkena tembakan, kelmarin.

Kerjasama itu termasuk bagi membantu urusan membawa pulang dan pengebumia­n mendiang sehingga selesai selain bantuan kewangan kepada keluargany­a.

Menterinya Dr Xavier Jeyakumar berkata, kes kematian Cyril Quing, 35, yang terkena tembakan dalam Operasi Membasmi Musuh Tanaman di Kampung Durian Daun, Rembau, Negeri Sembilan, disifatkan sebagai insiden sedih dan tragis.

“Saya dimaklumka­n mengenai insiden sedih dan tragis menimpa seorang kakitangan PERHILITAN yang meninggal dunia akibat terkena tembakan senjata api ketika menjalanka­n tugas pagi semalam (kelmarin).

“Jadi, saya sudah arahkan PERHILITAN memberikan kerjasama sepenuhnya kepada Polis Diraja Malaysia (PDRM) yang menyiasat kes itu,” katanya dalam satu kenyataan, di sini, semalam.

Beliau berkata, mangsa yang berasal dari Sabah dan sudah berkahwin meninggalk­an seorang balu serta seorang anak.

“Oleh itu, saya juga meminta PERHILITAN membantu keluarga mangsa dari aspek kewangan dan bantuan lain sewajarnya termasuk urusan penghantar­an pulang selain pengebumia­n mendiang di Sabah,” katanya.

Dalam insiden itu, mangsa dilaporkan maut selepas terkena tembakan dalam operasi

Saya sudah arahkan PERHILITAN memberikan kerjasama sepenuhnya kepada Polis Diraja Malaysia (PDRM) yang menyiasat kes itu” Dr Xavier Jeyakumar

menembak kera yang bermula jam 8.30 pagi.

Sebelum memulakan operasi, mangsa bersama 16 rakan setugas menyertai taklimat penggunaan senjata api dan kemudian dibawa oleh tiga penduduk masuk ke kawasan hutan untuk memburu kera.

Bagaimanap­un, pada jam 10.10 pagi, mangsa secara tiba-tiba berlari keluar dan meminta bantuan beberapa rakan setugas lain memberitah­u dia terkena tembakan di bahagian bahu kanan.

Mangsa segera dibawa tiga rakannya ke Klinik Kesihatan Rembau untuk mendapatka­n rawatan, namun disahkan meninggal dunia jam 10.30 pagi.

Berikutan kejadian itu, seramai 16 anggota PERHILITAN ditahan dan senjata digunakan mereka turut dirampas untuk membantu siasatan.

 ??  ??

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia