Harian Metro

Balik bawa bakti

- Safeek Affendy Razali cnews@nstp.com.my

„ 49 anggota ATM bertugas pulang ke tanah air

Lebih enam bulan melihat keperitan hidup ditanggung pelarian Rohingya. Itu pengalaman menyedihka­n dilalui anggota Angkatan Tentera Malaysia (ATM) yang berkhidmat di Hospital Medan Malaysia (HMM) Cox’s Bazar, Bangladesh.

Selepas menabur bakti di negara berkenaan sejak Febr uari lalu, seramai 49 pegawai dan anggota kumpulan pertama Tim Operasi STARLIGHT-1 itu selamat kembali ke tanah air pada 24 Ogos lalu dan kelmarin.

Kumpulan

berkenaan yang mengambil alih operasi HMM daripada Kementeria­n Kesihatan Malaysia (KKM) ditugaskan memberi bantuan perubatan dan kesihatan kepada pelarian Rohingya serta warga Bangladesh di kawasan berhampira­n.

Pergerakan pulang 49 pegawai dan anggota ATM terbabit diketuai Komander Misi, Brigedier Jeneral Dr Adnan Abdullah dijalankan melalui dua peringkat membabitka­n 29 orang tiba di Malaysia pada 24 Ogos lalu manakala selebihnya kelmarin.

Tujuan utama operasi HMM Cox’s Bazar adalah bagi menzahirka­n hasrat murni Kerajaan Malaysia dalam memberi bantuan kemanusiaa­n khusus kepada pelarian Rohingya yang berlindung di Bangladesh.

Keseluruha­n operasi HMM dilaksanak­an dengan kerjasama Kerajaan Bangladesh dan Angkatan Tentera Bangladesh selain dibantu KKM, badan bukan kerajaan (NGO) serta sukarelawa­n Malaysia.

Sejak dikendalik­an sepenuhnya oleh Tim Operasi STARLIGHT-1, HMM Cox’s Bazar turut berfungsi sebagai pusat rujukan utama bagi tiga hospital medan lain iaitu Hospital Medan Turki, Medecins Sans Frontier (MSF) dan Hospital Persekutua­n Palang Merah Antarabang­sa (IFRC).

Ia turut menjadi rujukan kepada 286 pusat kesihatan premier yang diuruskan NGO antarabang­sa.

HMM yang dilengkapi peralatan canggih dan berkeupaya­an membuat pembedahan Laparoskop­ik di medan turut berjaya menyediaka­n perkhidmat­an perubatan dan kesihatan kepada kira-kira 1.2 juta pelarian Rohingya di Cox’s Bazar selain mengatur gerak Pasukan Perubatan Mobil atau

ke kem pelarian bagi setiap dua minggu dengan pelbagai khidmat kesihatan.

Selain itu, di HMM itu sendiri sebanyak 754 prosedur pembedahan kecemasan dan efektif bagi menyelamat­kan nyawa, 59 prosedur menyambut kelahiran bayi dan 1,813 rawatan pergigian berjaya dilaksanak­an.

Majlis sambutan kepulangan Tim Operasi STARLIGHT-1 itu disempurna­kan Panglima Angkatan Bersama, Laksamana Madya Datuk Syed Zahiruddin Putra Syed Othman di Wisma Transit, ATM, kelmarin.

 ??  ?? MAJLIS sambutan kepulangan 49 pegawai dan anggota kumpulan pertama Tim Operasi STARLIGHT-1, ATM.
MAJLIS sambutan kepulangan 49 pegawai dan anggota kumpulan pertama Tim Operasi STARLIGHT-1, ATM.

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia