Harian Metro

EXCO terpalit bertugas macam biasa

-

Melaka: EXCO negeri yang didakwa terbabit rasuah berjumlah RM2.6 juta masih menjalanka­n tugas seperti biasa, kata Ketua Menteri Adly Zahari.

Beliau berkata, siasatan dilakukan Suruhanjay­a Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) itu juga tidak menjejaska­n kelangsung­an pentadbira­n kerajaan negeri.

“Masih terlalu awal untuk menyimpulk­an siasatan yang dibuat oleh SPRM. Kita akui di Melaka banyak siasatan yang dibuat mereka (SPRM) sama ada sedang berjalan atau baru di peringkat siasatan.

“Kita mengulangi kesediaan untuk memberikan kerjasama sepanjang siasatan dibuat, selain berharap SPRM memaklumka­n semua status (siasatan) itu,” katanya selepas merasmikan Majlis Pelancaran Bulan Kemerdekaa­n di Dewan Sekolah Jenis Kebangsaan (C) Keh Seng, Bukit Baru di sini, semalam.

Hadir sama, Pengarah Pendidikan Melaka Abu Bakar Sahari, Pengerusi Lembaga Pengarah Sekolah Datuk Soh Ah Leng dan Guru Besar SJK (C) Keh Seng Ng Chui Leng.

Adly menegaskan, sehingga kini tugas EXCO berkenaan berjalan seperti biasa sehingga SPRM memaklumka­n status hasil siasatan dibangkitk­an dalam laporan rasuah.

Isnin lalu, media melaporkan kerajaan negeri sedia memberi kerjasama kepada SPRM untuk menyiasat dakwaan seorang EXCO negeri yang dikatakan terbabit dengan rasuah berjumlah RM2.6 juta.

Pemimpin kanan sebuah parti komponen Pakatan Harapan (PH) itu didakwa menyalahgu­nakan kuasa meminta sejumlah bayaran daripada sebuah syarikat pembanguna­n berkaitan kerajaan negeri, minggu lalu.

Malah SPRM dipercayai turut menyerbu pejabat ahli EXCO terbabit di Seri Negeri, Ayer Keroh.

Kelmarin, SPRM dalam kenyataan dikeluarka­n mengesahka­n kes berkaitan seorang EXCO negeri dipercayai terbabit rasuah.

 ??  ?? ADLY (tengah) bersama guru dan murid pada Majlis Pelancaran Bulan Kemerdekaa­n di SJKC Keh Seng, Bukit Baru.
ADLY (tengah) bersama guru dan murid pada Majlis Pelancaran Bulan Kemerdekaa­n di SJKC Keh Seng, Bukit Baru.

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia