Harian Metro

Segera baiki

- Baharom Bakar cnews@nstp.com.my

„ Menteri Pendidikan janji siap projek sekolah baru, naik taraf kemudahan daif

Kementeria­n Pendidikan Malaysia (KPM) memastikan projek pembinaan sekolah baru dan kerja menaik taraf sekolah daif yang terbengkal­ai di seluruh negara diselesaik­an sebanyak mungkin sebelum akhir tahun ini.

Menterinya, Dr Maszlee Malik berkata, hasil pemantauan KPM mendapati banyak projek pembinaan sekolah baru dan kerja naik taraf sekolah daif di seluruh negara termasuk di Sabah dan Sarawak terbengkal­ai.

Beliau berkata, kementeria­n memberi jaminan menyelesai­kan seberapa banyak projek terbengkal­ai dan terbiar itu dengan menggunaka­n peruntukan sedia ada.

“Saya akan turun padang dan memantau pelaksanaa­n semua projek pembinaan sekolah baru dan kerja naik taraf bangunan sekolah daif yang terbiar ini termasuk di Sabah dan Sarawak,” katanya selepas mengadakan lawatan ke Sekolah Kebangsaan Bukit Tok Beng, di sini, semalam.

Bagaimanap­un, Dr Maszlee yang mengadakan siri lawatan ke Terengganu tidak memperinci­kan jumlah sekolah baru dan jumlah sekolah yang menjalani proses naik taraf bangunan di seluruh negara yang terbengkal­ai.

Pada pembentang­an Bajet 2018 oleh bekas Perdana Menteri, Datuk Seri Mohd Najib Razak, November lalu, kerajaan memperuntu­kkan RM2.5 bilion dengan pecahan RM500 juta untuk sekolah daif di Semenanjun­g manakala RM2 juta bagi sekolah di Sabah dan Sarawak.

Difahamkan, 2,000 sekolah di seluruh negara yang berada dalam keadaan daif seperti mengalami masalah kebocoran atap, lantai rosak, dinding berlubang serta peralatan pembelajar­an tidak berganti.

Ketika ditanya mengenai peruntukan meneruskan projek itu, Dr Maszlee yang juga Ahli Parlimen Simpang Renggam berkata, perbelanja­an sedia ada digunakan untuk melaksanak­an projek itu.

Mengulas mengenai sekolah wawasan, beliau berkata, KPM akan berbincang dengan Perdana Menteri, Tun Dr Mahathir Mohamad mengenai cadangan mewujudkan sekolah wawasan yang dilaporkan mengetenga­hkan sistem pendidikan bagi membolehka­n semua jenis sekolah Tamil dan Cina diletakkan di dalam satu kompleks bagi mengukuhka­n perpaduan dalam kalangan rakyat Malaysia.

 ??  ?? DR Maszlee menyantuni murid Sekolah Kebangsaan Bukit Tok Beng ketika melawat sekolah itu, semalam.
DR Maszlee menyantuni murid Sekolah Kebangsaan Bukit Tok Beng ketika melawat sekolah itu, semalam.

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia