Harian Metro

Datuk kebas RM490,000

- Shahrinnah­ar Latib cnews@nstp.com.my

Seorang ahli perniagaan bukan saja gagal mendapatka­n tanah bagi projek penternaka­n udang, malah dipercayai kerugian hampir setengah juta ringgit akibat diperdaya seorang lelaki dikatakan bergelar Datuk, di sini.

Mangsa berusia 50 tahun yang membuat laporan di Ibu Pejabat Polis Daerah (IPD) Kuantan, kelmarin mendakwa kejadian bermula pada 2013 apabila suspek lelaki terbabit mempelawan­ya menandatan­gani satu surat akuan memohon tanah kerajaan untuk menjalanka­n projek itu di Sungai Buah Beras, Rompin.

Ketua Jabatan Siasatan Jenayah Komersial, Ibu Pejabat Polis Kontinjen (IPK) Pahang, Superinten­dan Mohd Wazir Mohd Yusof berkata, suspek kemudian didakwa meminta mangsa membayar RM300,000 bagi mendapatka­n tanah itu dan wang akan dikembalik­an sekiranya permohonan gagal.

“Mangsa dikatakan membuat bayaran itu. Pada 2015, mangsa menghubung­i suspek untuk mengetahui status permohonan tetapi difahamkan tanah itu diberi kepada orang lain,” katanya dalam satu kenyataan, semalam.

Susulan itu, beliau berkata, suspek didakwa menjanjika­n tanah lain di Mukim Penor di sini, sebagai ganti kepada mangsa.

“Namun, suspek didakwa meminta mangsa menambah bayaran RM190,000 bagi mendapatka­n tanah di Mukim Penor itu.

“Mangsa dikatakan membuat bayaran itu ke dalam akaun diberi suspek. Akaun bank terbabit dipercayai milik anak suspek,” katanya.

Selepas itu, Mohd Wazir berkata, mangsa cuba menghubung­i suspek beberapa kali untuk mengetahui status permohonan tetapi tidak berjawab.

“Mangsa yang mengesyaki dirinya ditipu tampil membuat laporan di IPD Kuantan, semalam (kelmarin). Jumlah wang didakwa diserahkan mangsa kepada suspek ialah RM490,000,” katanya.

Beliau berkata, modus operandi suspek didakwa menawarkan tanah tidak wujud bagi projek penternaka­n udang sehingga mendorong mangsa menyerahka­n wang.

“Kami mengambil keterangan mangsa dan kes disiasat mengikut Seksyen 420 Kanun Keseksaan kerana menipu yang memperuntu­kkan hukuman penjara maksimum 10 tahun dan sebat serta boleh dikenakan denda jika sabit kesalahan,” katanya.

„ Ahli perniagaan putih mata gagal dapat tanah projek penternaka­n udang

 ??  ?? MOHD Wazir
MOHD Wazir

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia