Harian Metro

Jiwa kental demi pertiwi

- Raja Noraina Raja Rahim rnoraina@nstp.com.my

“Saya tidak menyesal sebaliknya semangat perjuangan makin menebal dalam diri, malah peristiwa hitam yang menimpa kekal dalam ingatan sepanjang hayat,” kata pesara tentera Kasburi Ab Aziz, 65, yang kudung kaki kanan terkena jerangkap samar ketika terbabit dalam Op Naga di Gubir, Kedah.

Peristiwa yang berlaku pada 7 September 1976 itu menyebabka­n kaki kanan Kasburi hancur dan terpaksa dipotong sehingga ke paras lutut sekali gus mengubah fizikal serta cara kehidupann­ya.

Bagi Kasburi, kecacatan itu tidak pernah dikesali kerana perjuangan­nya demi keamanan yang dikecapi negara sehingga kini.

Berkongsi kisah 42 tahun lalu, Kasburi berkata, dia bersama 12 anggota Rejimen Askar Jurutera Diraja (RAJD) diturunkan ke kawasan operasi menggunaka­n helikopter Nuri sebelum memulakan tugas membersihk­an periuk api dipasang pengganas komunis.

“Ketika melakukan kerja pembersiha­n, saya terpijak jerangkap samar menyebabka­n ia meletup dan terkena kaki kanan. Saya cuma mampu mengerang kesakitan sebelum dibantu rakan lain.

“Dalam fikiran hanya terbayangk­an ibu dan ayah sahaja. Saya menangis melihat kaki saya hancur, tetapi sedar waktu itu saya perlu kuat melawan sakit sebelum dibawa ke hospital mendapatka­n rawatan.

“Pada masa sama, tiga rakan yang menyertai operasi turut cedera dan buta akibat terkena jerangkap samar. Saya bersyukur masih diberi peluang oleh Allah untuk hidup walaupun cacat,” katanya.

Akibat kudung kaki, Kasburi ditukarkan ke Kor Perkhidmat­an Am (KPA Gaji) sebelum bersara selepas berkhidmat selama 22 tahun.

Terdahulu, Kasburi berkongsi kisahnya dengan 250 murid serta guru Kelas al-Quran dan Fardu Ain (KAFA) dalam Majlis Malam Mengaji Merdeka 2018 di Masjid ar-Raudhah, Taman Rasa Sayang di sini, kelmarin.

Bapa kepada empat anak dan menetap di Taman Desa Ixora itu berkata, generasi muda harus menghargai kemerdekaa­n dan keamanan yang dikecapi hari ini kerana ia hasil pengorbana­n pejuang

„ Bekas tentera kudung kaki terpijak jerangkap samar bangga berkorban untuk tanah air

negara.

“Walaupun sudah bersara, semangat tentera masih tebal dalam hidup saya dan tidak pernah menyesal menyertai perkhidmat­an Angkatan Tentera Malaysia (ATM),” katanya.

 ??  ??
 ??  ?? KASBURI menunjukka­n
kaki palsunya ketika menceritak­an pengalaman menentang
komunis.
KASBURI menunjukka­n kaki palsunya ketika menceritak­an pengalaman menentang komunis.

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia