Harian Metro

Panggilan rugi

- Rosli Ilham cnews@nstp.com.my

Sindiket Macau Scam semakin rancak menyasarka­n golongan pesara dengan dua mangsa terbaharu mengalami kerugian lebih RM300,000, Selasa lalu.

Ketua Polis Daerah Dungun Superinten­dan Baharudin Abdullah berkata, kes berlaku di daerah ini membabitka­n mangsa berusia 60 dan 61 tahun, masing-masing kerugian sejumlah RM195,000 dan RM133,700.

Menurutnya, dalam kes pertama, pesara lelaki berusia 60 tahun memindahka­n wang ke akaun sindiket terbabit selepas terperdaya kononnya nama mangsa disenarai hitam oleh polis.

“Suspek menerima panggilan daripada seorang lelaki yang memperkena­lkan dirinya sebagai pegawai unit semakan saman Mahkamah Tinggi Alor Setar, Kedah dan mendakwa mangsa kononnya disenarai hitam oleh Polis Diraja Malaysia (PDRM) kerana akaun banknya terbabit dengan sindiket jenayah.

“Suspek mendakwa mangsa mempunyai tunggakan cukai sebanyak RM19,300,” katanya.

Beliau berkata, selepas panggilan disambungk­an ke Ibu Pejabat Polis Kontinjen (IPK) Kedah, mangsa dimaklumka­n bahawa akaun Public Bank miliknya terbabit dengan kes penyeludup­an dadah dan penggubaha­n wang haram.

“Pegawai di ‘IPK Kedah’ itu kemudian meminta mangsa memindahka­n semua wang simpananny­a dari akaun Tabung Haji ke akaun Bank Islam milik suspek dan dia turut memberikan butiran bank, kononnya untuk siasatan pihak Unit Pencegahan Pengubahan Wang Haram (AMLA),” katanya.

Baharudin berkata, beberapa hari kemudian, mangsa menyedari ditipu selepas semakan pada penyata bank mendapati terdapat 18 pindahan wang atas talian daripada akaun Bank Islam miliknya kepada enam akaun bank tempatan yang berbeza.

Sementara itu, dalam kes kedua, Baharudin berkata, seorang pesara wanita berusia 61 tahun ditipu dengan tawaran penghantar­an bungkusan sehingga mendorong mangsa memasukkan wang ke akaun pihak ketiga bagi tujuan itu.

“Mangsa mengalami kerugian RM133,700 selepas ditipu sindiket terbabit menerusi pemindahan wang ke akaun suspek,” katanya.

Katanya, kedua-dua mangsa membuat laporan di Balai Polis Dungun, Selasa lalu dan kes disiasat mengikut Seksyen 420 Kanun Keseksaan kerana menipu.

„ Dua warga emas rugi RM300,000 penangan geng Macau Scam

 ??  ?? BAHARUDIN
BAHARUDIN

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia