Harian Metro

Sindiket seleweng LPG subsidi

- Rafidah Mat Ruzki fidahruzki@nstp.com.my

Berselindu­ng di kawasan kilang papan di Sungai Kandis di Klang, satu sindiket dipercayai terbabit aktiviti mencuri dan memindahka­n gas petroleum cair (LPG) bersubsidi sejak sebulan lalu.

Bagaimanap­un, kegiatan mereka dihidu pihak berkuasa apabila premis itu diserbu penguat kuasa Kementeria­n Perdaganga­n Dalam Negeri dan Hal Ehwal Pengguna (KPDNHEP) Selangor jam 6 petang, kelmarin.

Ketua Pegawai Penguatkua­sanya, Azman Adam berkata, kilang papan berkenaan terletak di kawasan kebun kelapa sawit, pada kedudukan 700 meter dari jalan besar manakala pemantauan selama dua minggu, pihaknya mendapati beberapa lori keluar masuk membawa tong gas dari premis berkenaan.

“Kawasan itu berada jauh dalam kebun sawit dan pasukan saya yang membuat serbuan yang diketuai pegawai KPDNHEP Selangor, Md Saipul Anuar menghadapi masalah kerana ia dikawal beberapa lelaki warga tempatan yang menunggu orang yang tidak dikenali sebelum menyoal apa tujuan berada di situ.

“Ketika serbuan, ada dua pekerja memunggah tong gas manakala beberapa pekerja asing melarikan diri ke dalam kawasan kebun sawit berdekatan selepas diberi amaran daripada pekerja tempatan itu.

“Kami menjumpai 240 tong 14 kilogram dan 50 kilogram (kg) yang kita syaki digunakan untuk memindahka­n LPG damengalam­i ripada tong domestik ke tong industri,” katanya pada sidang media di stor penyimpana­n eksibit KPDNHEP Selangor Seksyen 25, di sini, semalam.

Azman berkata, sindiket itu juga dipercayai memindahka­n gas daripada tong domestik ke tong domestik lain untuk mengurangk­an berat antara tiga hingga lima kg setiap tong, sekali gus menyebabka­n pengguna boleh kerugian antara RM6 hingga RM10.

Beliau berkata, hasil Operasi Barang Kawalan LPG itu, pihaknya menahan dua pekerja warga tempatan yang kemudian dibebaskan selepas keterangan mereka diambil, selain merakam percakapan pemilik tanah dan meneliti perjanjian serta hubungan antara individu itu dengan dalang sindiket.

Katanya, nilai rampasan terhadap kegiatan itu dianggarka­n RM59,883, membabitka­n tong LPG 14kg berisi separuh (52), tong LPG 14kg kosong (24), tong LPG 14kg berisi penuh (119), tong LPG 50kg berisi separuh (53), paip saluran pemindahan gas (35), alat timbang elektronik (dua), tong menyimpan ais (empat) dan lori Hicom.

“Mereka disyaki melakukan kesalahan mengikut Seksyen 22 (1) Akta Kawalan Bekalan 1991 dan jika sabit kesalahan pesalah individu boleh dikenakan denda sehingga RM1 juta atau dua tahun penjara atau kedua-dua sekali bagi kesalahan pertama atau RM3 juta atau tiga tahun penjara untuk kesalahan kedua.

“Jika kita dapati kegiatan ini dilakukan syarikat, ia boleh didenda maksimum RM2 juta bagi kesalahan pertama dan RM5 juta bagi kesalahan kedua.

“Berdasarka­n maklumat awal kami dapati premis ini beroperasi dalam satu kawasan yang dilindungi kepingan zink berwarna biru dan dari luar memang tidak nampak apa yang dilakukan di dalam kawasan selain pekerja segera mengunci pintu setiap kali ada lori masuk,” katanya.

Menurutnya, berdasarka­n kepada serbuan semalam, sindiket itu dianggarka­n memperoleh keuntungan sehingga RM10,000 setiap kali melakukan pemindahan gas LPG.

„ Curi bahan api jalan aktiviti haram di kilang papan

 ??  ??
 ??  ?? SEBAHAGIAN gas yang dirampas ketika operasi dijalankan KPDNHEP.
SEBAHAGIAN gas yang dirampas ketika operasi dijalankan KPDNHEP.
 ??  ??

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia