Harian Metro

Petai punya hal...

- Hanneeyzah Bariah Baharin hanneeyzah@nstp.com.my

„ Dua sahabat mengaku tuduhan curi dijel tiga bulan

Dek kerana mencuri petai, dua sahabat terpaksa merengkok di penjara selama tiga bulan selepas dijatuhi hukuman itu oleh Mahkamah Majistret di sini, semalam.

Majistret Noradila Ab Latif menjatuhka­n hukuman itu terhadap Mohd Saipul Rozman Romeli, 40, dari Kampung Bukit Wan, Batu Rakit, Kuala Nerus dan Mohd Faizal Ibrahim, 30, dari Kampung Lingai, Batu Rakit.

Kedua-dua mereka yang bekerja sebagai buruh mengaku salah terhadap pertuduhan mencuri dan didakwa mengikut Seksyen 379 Kanun Keseksaan dibaca bersama Seksyen 34 kanun sama.

Noradila mengarahka­n hukuman berjalan dari tarikh hukuman dijatuhkan semalam.

Mengikut pertuduhan, kedua-dua mereka didakwa mencuri 96 keping petai di kebun milik Wan Ahmad Fadil Wan Mamat, 31, di Bukit Terap, Batu Rakit, jam 5 petang pada Sabtu lalu.

Pendakwaan dikendalik­an Pegawai Pendakwa Inspektor Miky Dunstan Muda, manakala kedua-dua tertuduh tidak diwakili peguam.

Terdahulu, Mohd Saipul yang berbaju-T berbelang memohon mahkamah meringanka­n hukuman terhadapny­a dengan alasan mengalami patah kaki dan tulang rusuk.

Mengikut fakta kes, Wan Ahmad Fadil ke kebunnya pada petang kejadian sebelum ternampak seorang lelaki dikenali dengan nama Man memungut dan mengikat petai di bawah pokok manakala seorang lelaki berada di atas pokok petai.

Menyedari perbuatan mereka dihidu mangsa dan penduduk kampung dua sahabat itu cuba melarikan diri.

Namun Mohd Saipul Rozman yang juga bekas anggota polis ditahan dan dibelasah penduduk kampung yang berang dengan perbuatann­ya menyebabka­n dia mengalami kecederaan patah kaki dan tulang rusuk.

Mohd Faizal ditahan anggota polis jam 6.15 petang di tepi jalan di Kampung Lingai dan turut merampas 96 keping petai.

 ??  ?? KEDUA-DUA suspek diiringi keluar dari Mahkamah Majistret Kuala Terengganu, semalam.
KEDUA-DUA suspek diiringi keluar dari Mahkamah Majistret Kuala Terengganu, semalam.

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia