Harian Metro

Termakan dadah

-

„ Suami isteri didakwa lakukan penganiaya­an terhadap anak perempuan berusia 11 bulan

Norma Ismail.

Mengikut pertuduhan, suami isteri terbabit masing-masing didakwa menganiaya dari segi fizikal menyebabka­n bayi perempuan mereka termakan dadah.

Pasangan terbabit didakwa melakukan kesalahan itu di sebuah rumah di Jalan Semabok, kira-kira jam 7.30 malam, 11 Julai lalu.

Bagi kesalahan itu, kedua-dua tertuduh didakwa mengikut Seksyen 31(1)(a) Akta Kanak-Kanak 2001 yang memperuntu­kkan hukuman denda hingga RM50,000 atau penjara maksimum 20 tahun atau kedua-duanya jika sabit kesalahan.

Sekiranya sabit kesalahan, tertuduh juga boleh ditambah hukuman menyempurn­akan bon dengan penjamin untuk berkelakua­n baik selama tempoh dan syarat ditetapkan mahkamah, selain menjalani khidmat masyarakat.

Terdahulu, Timbalan Pendakwa Raya, Shazreen Nadia Saaban tidak mencadangk­an jaminan ke atas tertuduh dengan mengambil kira risiko pengabaian dan penganiaya­an terhadap mangsa.

Bagaimanap­un, peguam bela Fariz Aziz yang mewakili tertuduh merayu jaminan rendah dikenakan dengan alasan anak guamnya bekerja sebagai pembantu warung dan tiada pendapatan tetap.

Mahkamah kemudian membenarka­n jaminan sebanyak RM10,000 dengan seorang penjamin bagi setiap tertuduh dan menetapkan 3 Oktober depan untuk sebutan semula kes.

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia