Harian Metro

Pandai-pandai mengaku Tengku Mahkota

-

Kota Bharu: Akibat mengaku dirinya sebagai Tengku Mahkota Kelantan dalam laman sosial, seorang penganggur dihadapkan ke Mahkamah Majistret di sini, semalam.

Tertuduh, Nik Muhammad Hafilzul Adzhar Abdul Razak, 24, bagaimanap­un mengaku tidak bersalah selepas pertuduhan dibacakan di hadapan Majistret Izuddin Mohd Shukri.

Mengikut pertuduhan, dia didakwa memuat naik status dan komen jelik di akaun Instagram miliknya dengan niat menyakiti hati dan menganiaya serta mengganggu institusi Kesultanan Kelantan pada jam 9.30 malam, 4 April lalu.

Tertuduh dikatakan memuat naik status dengan membahasak­an dirinya ‘Beta’ dan komen mengaku sebagai Tengku Mahkota Kelantan dan anak angkat kepada Yang di-Pertuan Agong Sultan Muhammad V.

Berikutan itu, tertuduh didakwa mengikut Seksyen 233(1)(a) Akta Komunikasi dan Multimedia 1998 yang jika sabit kesalahan boleh dihukum mengikut Seksyen 233(3) akta sama iaitu denda RM50,000 atau penjara maksimum setahun atau kedua-duanya dan denda selanjutny­a RM1,000 bagi setiap hari kesalahan selepas sabitan.

Terdahulu, Timbalan Pendakwa Raya Sharifah Amirda Shasha Amir Shariffudd­in mencadangk­an jaminan RM10,000 namun tertuduh yang tidak diwakili peguam merayu jumlah itu dikurangka­n.

Mahkamah kemudian membenarka­n tertuduh diikat jamin RM4,000 dengan seorang penjamin dan kes ditetapkan untuk sebutan semula pada 24 September ini.

 ??  ?? NIK Muhammad Hafilzul Adzhar dihadapkan ke Mahkamah Majistret atas tuduhan mengaku dirinya sebagai Tengku Mahkota Kelantan dalam laman sosial pada 4 April lalu.
NIK Muhammad Hafilzul Adzhar dihadapkan ke Mahkamah Majistret atas tuduhan mengaku dirinya sebagai Tengku Mahkota Kelantan dalam laman sosial pada 4 April lalu.

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia