Harian Metro

‘Biar Musa sihat dulu’

- Irwan Shafrizan Ismail dan Noor Atiqah Sulaiman cnews@nstp.com.my

„ SPRM tidak tergesa-gesa ambil keterangan bekas Ketua Menteri Sabah

Suruhanjay­a Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) tidak akan tergesa-gesa mengambil keterangan bekas Ketua Menteri Sabah, Tan Sri Musa Aman berhubung dakwaan rasuah pada Pilihan Raya Umum ke-14 (PRU14) lalu.

Timbalan Ketua Pesuruhjay­a (Operasi) SPRM, Datuk Seri Azam Baki berkata, pihaknya akan membenarka­n Musa mendapat ra- watan dan sihat terlebih dulu sebelum membuat keputusan lanjut.

“(Tan Sri) Musa Aman sekarang masih di hospital dan untuk makluman, polis cuba pohon reman, tapi ditolak mahkamah.

“Setakat ini, pendirian kami (SPRM) ialah biarkan dia sihat dulu dan dapat rawatan, kemudian baru kita buat keputusan seterusnya, kami akan maklum apa tindakan selanjutny­a nanti,” katanya pada sidang media di sini, semalam.

Pada 23 Mei lalu, SPRM hadir di rumah Musa di Sabah, namun tidak dapat memasuki kediaman itu kerana beliau tiada di rumah.

Siasatan SPRM terhadap Musa itu dipercayai ada kaitan dengan siasatan suruhanjay­a itu terhadap Presiden Parti Solidariti Tanah Airku (STAR), Datuk Dr Jeffrey Kitingan yang bekerjasam­a dengan Barisan Nasional (BN) dalam usaha membentuk kerajaan negeri selepas PRU-14.

Jeffery disiasat SPRM berhubung dakwaan beliau menerima RM20 juta selepas PRU-14 daripada pihak tertentu. Pada PRU-14, STAR yang diketuai Jeffrey memenangi dua kerusi Dewan Undangan Negeri (DUN) Sabah dan bekerjasam­a dengan BN yang memiliki 29 kerusi untuk membentuk kerajaan negeri, sekali gus menyaksika­n Musa mengangkat sumpah sebagai Ketua Menteri pada 10 Mei lalu.

Dua hari kemudian, kerajaan BN-STAR hilang majoriti selepas enam Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) BN menyokong Parti Warisan Sabah (WARISAN), sekali gus membolehka­n Presiden WARISAN, Datuk Seri Mohd Shafie Apdal mengangkat sumpah sebagai Ketua Menteri dan membentuk kerajaan negeri Sabah yang baharu.

Musa yang juga bekas Pengerusi BN Sabah pada 26 Jun lalu mengesahka­n beliau berada di United Kingdom atas urusan perubatan dan peribadi serta meninggalk­an Malaysia secara sah pada 16 Mei untuk rawatan perubatan di London.

Beliau kemudian pulang ke tanah air pada 21 Ogos lalu dari Seletar, Singapura sebelum mendapat rawatan di sebuah hospital swasta di Subang Jaya.

Sementara itu, mengulas mengenai isu pembebasan Mohd Shafie berhubung dakwaan penyalahgu­naan dana berjumlah RM1.5 bilion di Sabah ketika menjadi Menteri Kemajuan Luar Bandar dan Wilayah di bawah pentadbira­n kerajaan BN, Azam berkata, perkara itu sudah dijelaskan Menteri di Jabatan Perdana Menteri (Undang-Undang), Datuk Liew Vui Keong.

Liew pada Sidang Dewan Negara, Selasa lalu berkata, Pejabat Peguam Negara mengesahka­n Mohd Shafie tidak akan didakwa berikutan tiada bukti mencukupi.

 ??  ?? MUSA
MUSA

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia