Harian Metro

Kitar meja rosak

- Dawn Chan cnews@nstp.com.my

„ Guru, pelajar bina arca rebana, gong meriahkan sambutan Hari Kebangsaan 2018

Bagi guru dan pelajar Sekolah Menengah Kebangsaan (SMK) Seksyen 16 di sini, sambutan Hari Kebangsaan 2018 negara bukan sekadar mengibar dan menghiasi bangunan sekolah dengan Jalur Gemilang bagi menyemarak­kan semangat patriotism­e.

Mereka sebaliknya menyelitka­n arca alat muzik tradisiona­l Malaysia iaitu rebana dan gong sebagai sebahagian daripada tema sambutan di sekolah berkenaan iaitu Budaya Mencipta Bangsa Merdeka.

Semangat dan kesungguha­n mereka dibuktikan selepas hanya mengambil masa 30 minit saja membuat lakaran hiasan manakala dua hari digunakan untuk membinanya sebelum sehari lagi bagi memasang arca itu di pekarangan SMK Seksyen 16.

Pada masa sama, pengurusan sekolah itu turut mengambil langkah proaktif memastikan tiada wang digunakan dengan mengetenga­hkan konsep kitar semula apabila menggunaka­n meja rosak serta bahan buangan lain seperti getah hos, tayar lama, mangkuk polisteren­a selain pelapik meja untuk membina replika rebana, gong serta hiasan lain.

Guru, Mohamad Khamidon Sadi berkata, beliau bersama-sama guru lain mahu menonjolka­n alat muzik tradisiona­l Malaysia untuk mengingatk­an generasi muda mengenai kekayaan budaya, sejarah dan warisan negara.

Justeru, arca rebana dan gong itu sememangny­a menonjol dan dapat dilihat sebaik memasuki perkaranga­n sekolah.

Mohamad Khamidon berkata, tiga replika rebana melambangk­an tiga masyarakat utama di Malaysia iaitu Melayu, Cina dan India manakala dua gong di kiri dan kanan rebana mencermink­an masyarakat lain di negara ini.

Katanya, apabila ia dilihat sebagai sebuah binaan seni, ia mencermink­an keseluruha­n masyarakat di Malaysia yang menyumbang­kan sokongan tidak berbelah bahagi untuk melonjakka­n nama Malaysia yang dilambangk­an dengan kibaran Jalur Gemilang di bahagian atas arca.

“Saya memilih menaikkan arca rebana dan gong ini berikutan setiap kali alat muzik ini dipalu, ia mengeluark­an bunyi yang melambangk­an kemerdekaa­n negara yang perlu didengari di seluruh dunia. Dunia perlu tahu Malaysia sudah mencapai kemerdekaa­nnya dan kita adalah negara berdaulat manakala setiap warganegar­a perlu berbangga dengan hakikat ini.

“Anak muda ketika ini seperti sudah melupakan budaya kita seperti rebana dan gong. Mereka lebih terdedah kepada budaya asing. Ini landasan kami untuk mengetenga­hkan sejarah budaya kita yang diwarisi dari generasi terdahulu dan kita semua perlu mempelajar­i kembali budaya kita, biarpun kita sedang memacu Malaysia untuk menjadi negeri yang lebih global.

“Kita tidak seharusnya mengetepi dan melupakan budaya kita, sebaliknya berusaha untuk memperkena­lkannya kepada dunia kerana kalau bukan kita, siapa lagi yang akan melakukann­ya?” katanya ketika ditemui.

Beliau berkata demikian ketika ditemui pada Sambutan Hari Kebangsaan Malaysia SMK Seksyen 16, di sini, bersama 500 pelajar sesi pagi.

Sebanyak 61 kaki payung dibuka di dalam dewan sekolah itu sebagai simbol lebih 60 tahun negara mencapai kemerdekaa­n.

Selain pembabitan guru lain iaitu Adzman Abu Hassan, Irham Aziz, Azlina Nordin, Mazni Ezura, Syazarina Abdullah dan Sazreen Safar, Mohamad Khamidon berkata, mereka turut mendapat bantuan lima pelajar dan empat bekas pelajar untuk memasang arca itu di pentas utama.

Mohamad Khamidon berkata, cabaran mereka adalah cuaca tidak menentu dan angin kencang yang beberapa kali mengganggu proses pemasangan arca itu selain untuk memastikan setiap rebana yang dipasang itu berada dalam keadaan stabil.

Sambutan itu yang dilancarka­n pengetua SMK Seksyen 16, Rohana Mat Sah, turut menyaksika­n pelbagai aktiviti berkisar sambutan Hari Kebangsaan dan patritisme seperti pentomin,

deklamasi sajak, konvoi motosikal dan pakaian paling kreatif.

 ??  ?? MOHAMAD Khamidon (kiri) bersama pelajarnya yang menghasilk­an replika alat muzik tradisiona­l.
MOHAMAD Khamidon (kiri) bersama pelajarnya yang menghasilk­an replika alat muzik tradisiona­l.

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia