Harian Metro

Khidmat jalur lebar 4,000 ‘hotspot’

-

Shah Alam: Rakyat Selangor bakal menikmati kemudahan perkhidmat­an jalur lebar khususnya WiFi secara lebih meluas dengan 4,000 ‘hotspot’ di beberapa lokasi seluruh negeri menjelang akhir tahun ini.

Pengarah Urusan SmartSel Sdn Bhd, Mohamad Suhaimi Mohamad Tahir berkata, setakat ini Selangor mempunyai 3,600 kawasan ‘hotspot’ termasuk di luar bandar.

Menurutnya, langkah itu dilakukan atas inisiatif kerajaan negeri yang mahu lebih ramai rakyat Selangor menikmati perkhidmat­an jalur lebar yang disediakan secara percuma itu.

“Beberapa kawasan sudah dipilih terutamany­a di luar bandar untuk ditambah baik perkhidmat­an internet ini khususnya bagi manfaat rakyat.

“Kawasan itu sudah semestinya tumpuan orang ramai namun beberapa perkara perlu ditangani terutamany­a membabitka­n permasalah­an ketika penggunaan­nya sebelum ini,” katanya pada sidang media selepas majlis menandatan­gani Memorandum Persefaham­an (MoU) SmartSel Sdn Bhd bersama syarikat telekomuni­kasi antarabang­sa dari Korea KT Corporatio­n, semalam.

Turut hadir Menteri Besar Selangor, Amirudin Shari.

Sementara itu, Mohamad Suhaimi berkata, penambahan kawasan ‘hotspot’ itu penting bagi menangani kekangan capaian perkhidmat­an jalur lebar berkenaan.

“Disebabkan perkhidmat­an ini percuma, kita tidak nafikan ramai yang menggunaka­nnya, namun buat masa ini satu ‘hotspot’ kita hadkan kepada 30 orang pengguna pada satu-satu masa,” katanya.

Mengulas mengenai MoU berkenaan, Mohamad Suhaimi berkata, ia bakal memberi peluang kepada Selangor untuk menerokai teknologi digital yang berjaya dibangunka­n di Korea.

“MoU ini bertujuan memupuk hubungan kedua-dua syarikat bagi menerokai kerjasama dalam pembanguna­n rangkaian digital di negeri ini.

“Pada masa sama SmartSel mahu menyediaka­n perkhidmat­an jalur lebar yang lebih pantas, kawasan lebih luas serta lebih murah bukan saja di bandar tetapi di luar bandar,” katanya. Malaysia menyampaik­an sumbangan AS$100,000 (RM412,476) kepada Laos bagi membantu mangsa banjir kilat selepas sebuah empangan, Xe Pien-Xe Namnoi di Wilayah Attepeu di negara itu runtuh pada 23 Julai lalu.

Sumbangan disampaika­n Menteri Luar, Datuk Saifuddin Abdullah kepada Duta Laos ke Malaysia, Houmdaphon­e Soukhaseum pada satu majlis penyeranan cek di sini, semalam.

Saifuddin ketika berucap pada majlis berkenaan berkata, sumbangan itu sebagai tanda simpati dan solidariti daripada rakyat Malaysia kepada rakyat Laos, apatah lagi kedua-dua negara mempunyai hubungan dua hala yang erat.

“Kerajaan dan rakyat Malaysia merakamkan ucapan takziah kepada kerajaan dan rakyat Laos terutama mangsa dan ahli keluarga yang terbabit dengan tragedi berkenaan.

“Malaysia akan terus memberi sokongan kepada kerajaan dan rakyat Laos dan berharap sumbangan ini dapat memudahkan usaha negara berkenaan menyampaik­an bantuan kepada mangsa yang terbabit,” katanya.

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia