Harian Metro

SPRM selesai siasat kes tanah di mukim Ijok

-

Putrajaya: Suruhanjay­a Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) selesai menjalanka­n siasatan berhubung kes tanah di mukim Ijok, Selangor dan merujuknya kepada pejabat timbalan pendakwa raya.

Bagaimanap­un, Timbalan Ketua Pesuruhjay­a (Operasi) SPRM, Datuk Seri Azam Baki berkata, timbalan pendakwa raya memaklumka­n bahawa tiada sebarang pendakwaan akan dibuat berhubung kes berkenaan.

“(Bagi) kes Ijok ini, kita (SPRM) sudah kemukakan kepada Timbalan Pendakwa Raya dan pihak terbabit memutuskan tiada tindakan susulan terhadap kes berkenaan,” katanya pada sidang media di pejabatnya di sini, semalam.

Sebelum ini, media melaporkan Jawatankua­sa Badan Bertindak Asal Peneroka Tanah Ijok membuat laporan kepada SPRM kerana mengesyaki berlaku penyelewen­gan oleh beberapa individu didakwa bertanggun­gjawab menandatan­gani perjanjian penyelesai­an berhubung kes tanah berkenaan di Mahkamah Persekutua­n.

Menurut Jawatankua­sa itu, pihaknya mengesyaki bahawa individu terbabit ada menerima suapan untuk kompromi hak dan kepentinga­n peneroka di kawasan berkenaan.

Selain itu, bekas Menteri Besar Selangor, Tan Sri Abdul Khalid Ibrahim turut mempersoal­kan tindakan Menteri Hal Ehwal Ekonomi, Datuk Seri Mohamed Azmin Ali yang ketika itu menjadi Menteri Besar Selangor memulangka­n semula tanah sudah dirampas daripada dua pemaju projek perumahan di Ijok itu pada 2009 sebelum tanah berkenaan kemudian dijual pula kepada pihak lain.

Abdul Khalid mendakwa, ada pihak tertentu pernah cuba membuat tawaran kepadanya ketika beliau masih menyandang jawatan Menteri Besar bagi menyelesai­kan isu tanah Ijok itu, ketika prosiding kes berkenaan masih lagi berjalan.

Malah, Abdul Khalid mendakwa, ada pihak tertentu berkepenti­ngan termasuk ejen tanah dan institusi kewangan tidak mahu projek berkenaan dipulihkan.

Timbalan Pendakwa Raya memaklumka­n tiada sebarang pendakwaan akan dibuat berhubung kes berkenaan

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia