Harian Metro

‘Hujan ke, panas ke, lepas ini tetap bicara’

-

Putrajaya: Jabatan Peguam Negara masih menunggu maklum balas daripada Kementeria­n Dalam Negeri (KDN) berhubung status lima kanak-kanak termasuk seorang remaja yang menuntut hak kewarganeg­araan mereka.

Perkara itu dimaklumka­n oleh Peguam Kanan Persekutua­n, Suzana Atan selepas kes disebut semula di hadapan panel sembilan hakim di Mahkamah Persekutua­n.

“Pihak kami masih belum mendapat arahan lanjut berhubung status warganegar­a semua pemohon kerana sebelum ini Menteri KDN, Tan Sri Muhyiddin Yassin bercuti sakit.

“Oleh itu, kami memohon penangguha­n enam minggu bagi membolehka­n pihak kami mendapatka­n arahan lanjut daripada KDN dan daripada Peguam Negara Tommy Thomas,” katanya.

Panel sembilan hakim yang diketuai Ketua Hakim Negara, Tan Sri Richard Malanjum berkata, mahkamah membenarka­n penangguha­n itu dan memberi amaran yang terakhir.

“Pihak Jabatan Peguam Negara perlu diingatkan ini adalah penangguha­n terakhir, selepas ini hujan atau panas perbicaraa­n akan tetap diteruskan,” katanya.

Beliau juga membenarka­n permohonan pihak peguam yang memohon perintah larangan terhadap media daripada menyiarkan butiran anak guam mereka.

Turut bersidang bersama ialah Presiden Mahkamah Rayuan Tan Sri Ahmad Maarop, Hakim Besar Malaya Tan Sri Zaharah Ibrahim, Tan Sri Azahar Mohamed, Tan Sri Aziah Ali, Datuk Alizatul Khair Osman Khairuddin, Datuk Rohana Yusuf, Datuk Mohd Zawawi Salleh dan Datuk Umi Kalthum Abdul Majid.

Mahkamah menetapkan 25 Oktober depan untuk pendengara­n.

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia