Harian Metro

BAYAR RM24 BILION

- Nora Mahpar noramahpar@nstp.com.my

Petronas akan membayar dividen sebanyak RM24 bilion kepada kerajaan pada tahun ini berbanding RM16 bilion yang dibayar tahun lalu.

Presiden dan Ketua Pegawai Eksekutif Kumpulan Tan Sri Wan Zulkiflee Wan Ariffin berkata, ia susulan prestasi kewangan memberangs­angkan pada separuh pertama tahun ini.

Ini adalah antara bayaran dividen tertinggi yang pernah dicatatkan oleh syarikat minyak negara itu selain pada 2015 iaitu RM26 bilion, sebelum krisis minyak global melanda.

Awal tahun ini, Petronas menyatakan komitmenny­a untuk membayar dividen RM19 bilion kepada kerajaan pada 2018.

Petronas mencatatka­n keuntungan bersih RM26.6 bilion bagi separuh pertama berakhir 30 Jun 2018, meningkat 54 peratus berbanding tempoh sama tahun lalu.

Pendapatan yang diraih syarikat minyak dan gas negara itu pada enam bulan pertama tahun ini meningkat

lapan peratus kepada RM117.2 bilion, berbanding RM108.1 bilion dalam tempoh sama tahun lalu.

Sementara itu, Wan Zulkiflee berkata, Petronas mengunjurk­an purata harga tahunan minyak mentah Brent pada paras AS$66 setong pada 2019 bagi melancarka­n operasi dan pengembang­an syarikat.

“Sebarang perbelanja­an dan perancanga­n kami tahun

„

depan adalah berdasarka­n purata harga minyak berkenaan. Kami sentiasa konservati­f (dalam jangkaan harga minyak) supaya syarikat lebih selesa dan kekal berdaya maju melangkah ke hadapan,” katanya pada sidang media mengumumka­n laporan kewangan separuh pertama Petronas di sini, semalam.

Beliau berkata, Petronas memperuntu­kkan kira-kira RM50 bilion tahun ini bagi perbelanja­an modal dalam usaha memacu pengeluara­n lebih tinggi dan melaksanak­an strategi jangka panjang.

Sementara itu, Wan Zulkiflee turut mengesahka­n Tun Abdullah Ahmad Badawi akan menamatkan perkhidmat­an sebagai penasihat syarikat itu akhir bulan ini.

“Ya, seperti yang kami sedia maklum, khidmat penasihat kami akan ditamatkan pada akhir bulan ini dan syarikat mahu mengambil peluang ini untuk berterima kasih di atas sumbangan Tun Abdullah kepada Petronas selama ini,” katanya.

Minggu lalu, Perdana Menteri Tun Dr Mahathir Mohamad berkata, tidak ada keperluan bagi jawatan penasihat untuk Petronas berikutan syarikat itu sudah menunjukka­n prestasi memberangs­angkan di peringkat antarabang­sa.

Abdullah dilantik sebagai Penasihat Petronas pada April 2016.

 ??  ??
 ??  ??

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia