Harian Metro

Naik sederhana 0.7%

- Alzahrin Alias zahrin@nstp.com.my

„ Insurans am berkembang perlahan bagi enam bulan pertama 2018 disebabkan keyakinan pengguna lemah pasca-PRU14

Industri insurans am mencatat pertumbuha­n sederhana 0.7 peratus bagi tempoh enam bulan pertama tahun ini kepada RM9.23 bilion berbanding tempoh sama tahun lalu.

Insurans motor mencatatka­n premium bertulis kasar RM4.2 bilion dengan pertumbuha­n yang lebih perlahan 0.2 peratus, berbanding pertumbuha­n 2.1 peratus pada tempoh sama tahun lalu.

Segmen itu mengekalka­n kedudukan utama bagi keseluruha­n pasaran pada 45.6 peratus.

Ketua Pegawai Eksekutif Persatuan Insurans Am Malaysia (PIAM) Mark Lim berkata, pertumbuha­n perlahan itu disebabkan keyakinan pengguna yang lemah di tengah-tengah persekitar­an ekonomi dan politik yang tidak menentu sebelum Pilihan Raya Umum Ke-14 (PRU14) yang lalu.

Lim berkata, angka itu seiring dengan statistik Persatuan Automotif Malaysia (MAA) yang menunjukka­n pertumbuha­n rendah bagi jualan kenderaan penumpang baru bagi separuh pertama tahun ini sebanyak 289,714.

“Bahagian pasaran kedua terbesar masih lagi insurans kebakaran dengan 19.2 peratus, turun 0.9 peratus pada separuh pertama 2018 dengan meraih premium bertulis kasar RM1.77 bilion.

“Insurans perubatan dan kesihatan pula berkembang 7.6 peratus kepada RM680 juta manakala kelas kemalangan individu naik 1.7 peratus dengan premium kasar RM620 juta,” katanya pada taklimat media mengenai prestasi insurans am bagi separuh pertama 2018 di sini, semalam.

Lim berkata, jumlah tuntutan insurans motor dari Januari hingga Jun 2018 sebanyak RM2.71 bilion dengan purata jumlah yang perlu dibayar penanggung insurans motor setiap hari bagi kerosakan harta benda, kecederaan anggota badan dan kecurian kenderaan adalah RM14.8 juta.

 ??  ?? LIM
LIM

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia