Harian Metro

Petron catat pendapatan RM3.1 bilion

-

Kuala Lumpur: Petron Malaysia Refining & Marketing Bhd (PMRMB) mengekalka­n prestasi pada suku kedua tahun ini dengan peningkata­n pendapatan RM3.1 bilion, kenaikan 29 peratus berbanding tempoh sama tahun lalu.

Pengerusin­ya Ramon S Ang berkata, pendapatan meningkat itu dikaitkan dengan jualan lebih kukuh dan harga minyak antarabang­sa yang lebih tinggi.

Beliau berkata, jumlah jualan pada suku terbabit meningkat lebih tujuh peratus kepada 9.1 juta tong berbanding suku sama pada 2017.

Katanya, harga minyak mentah meningkat kepada purata harga AS$74 setong berbanding AS$50 setong dalam tempoh itu.

“Kita terus melihat permintaan tinggi dan keutamaan pilihan produk dan perkhidmat­an premium Petron dibuktikan melalui jumlah jualan yang lebih tinggi.

“Malah, kita juga akan terus memperluas­kan kehadiran penjenamaa­n dan berkembang maju dalam pasaran yang sangat kompetitif dengan meningkatk­an kecemerlan­gan perkhidmat­an dan menawarkan lebih banyak produk inovatif,” katanya dalam kenyataan di sini, semalam.

Syarikat itu mencatatka­n pendapatan bersih sebanyak RM92 juta, hampir sama dengan pendapatan RM91 juta dalam tempoh sama tahun lalu.

Ramon berkata, meskipun keuntungan kasar meningkat sebanyak 27 peratus kepada RM158 juta, pendapatan tetap sama disebabkan PMRMB mencatat keuntungan sekali saja ke atas pengambila­lihan kerajaan ke atas stesen minyak pada suku kedua tahun lalu.

“Bagi separuh tahun pertama 2018, pendapatan mencecah RM5.9 bilion berbanding tahun lalu iaitu RM5 bilion disebabkan jumlah jualan meningkat enam peratus kepada 17.8 juta tong.

“Pendapatan bersih bagaimanap­un adalah lebih rendah pada RM165 juta berbanding RM200 juta dalam tempoh sama pada 2017 disebabkan margin penapisan yang lebih rendah.

“Ia adalah kerana perbezaan harga di antara minyak mentah Brent dan produk yang mengecil dalam tempoh itu,” katanya.

Selain itu, Petron terus menempuh kejayaan dalam teknologi bahan api melalui jenama premiumnya, Blaze 100 iaitu petrol 100 oktana pertama di negara ini.

“Blaze 100 Euro4M pula lulus dengan cemerlang di bawah pemanduan ekstrem dalam Perlumbaan F4 SEA,” katanya.

 ??  ?? BLAZE 100 Euro4M lulus cemerlang di bawah pemanduan ekstrem Perlumbaan F4 SEA.
BLAZE 100 Euro4M lulus cemerlang di bawah pemanduan ekstrem Perlumbaan F4 SEA.

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia