Harian Metro

INGATKAN OLOK-OLOK

- Agensi

„ Wanita dapat suami selepas tertipu sangka majlis perkahwina­n palsu sekadar syarat tamat latihan

Seorang wanita berusia 21 tahun terperangk­ap dalam perkahwina­n dengan lelaki dari tanah besar China selepas tertipu ketika menghadiri temu duga untuk jawatan jurumekap di negara itu, baru-baru ini.

Wanita yang identitiny­a tidak didedahkan itu memberitah­u wartawan dia memohon menjadi pelatih jurumekap pada Mei lalu tetapi ketika menghadiri temu duga dia dipujuk supaya membuat permohonan kerja sebagai perancang perkahwina­n.

South China Morning Post melaporkan, wanita itu melihat tawaran kerja jurumekap di Facebook yang menawarkan gaji HK$14,000 (RM7,300) sebulan. Bagaimanap­un, ketika menghadiri temu duga dia diyakinkan bahawa lebih baik mencuba untuk jawatan perancang perkahwina­n kerana gajinya tinggi.

Wanita itu kemudian mengikuti latihan yang berakhir dengan ‘peperiksaa­n’ iaitu majlis perkahwina­n olok-olok dengan seorang lelaki tempatan.

Dalam majlis itu dia dan lelaki tidak dikenaliny­a itu turut menandatan­gani dokumen di pejabat kerajaan tempatan seterusnya menyebabka­n mereka sah sebagai suami isteri.

Kumpulan penipu berkenaan mendakwa mereka mengenali datuk bandar dan akan membatalka­n perkahwina­n itu kemudian. Wanita itu yang bingung apabila menyedari perkahwina­n berkenaan sah menghubung­i Persekutua­n Kesatuan Sekerja Hong Kong (FTU) yang memberitah­unya sudah ramai orang menjadi mangsa penipuan seperti itu.

Bagaimanap­un, mereka enggan mengesahka­n sama ada itu taktik untuk membolehka­n ‘suaminya’ berpindah ke Hong Kong.

The Independan­t memetik pengarah jawatankua­sa hak dan manfaat FTU, Tong Kang-yiu berkata: “Kami berharap dengan berkongsi kisah ini dapat menimbulka­n kesedaran terutama bagi mangsa yang tidak sedar mereka sebenarnya sudah ditipu.

“Kita perlu memberi lebih tekanan kepada polis supaya memandang serius kes seperti ini.”

Penduduk tanah besar yang mempunyai suami atau isteri di Hong Kong boleh memohon permit untuk menghuni bandar itu, yang mempunyai autonomi daripada kerajaan China. Polis Hong Kong melaporkan kira-kira 1,000 kes penipuan perkahwina­n merentas sempadan setahun, lapor The Telegraph.

 ??  ?? MANGSA (tengah) menceritak­an pengalaman­nya kepada media. - Agensi
MANGSA (tengah) menceritak­an pengalaman­nya kepada media. - Agensi

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia