Harian Metro

Naik kereta api laju untuk menang lumba burung

-

Shanghai: Menipu perkara biasa dalam apa jua perkara tetapi dua pemilik merpati di China mengambil pendekatan yang keterlalua­n apabila menyembuny­ikan haiwan itu dalam kotak susu dan menaiki kereta api laju untuk menang perlumbaan burung.

Tidaklah mengejutka­n apabila burung merpati mereka mendapat kedudukan empat teratas perlumbaan dan menang hadiah utama lebih sejuta yuan (RM619,000).

Bagaimanap­un, kepantasan burung merpati mereka kemudian menimbulka­n keraguan menyebabka­n penganjur perlumbaan di sini, menyerahka­n mereka kepada pihak berkuasa selepas muslihat mereka terbongkar, lapor Legal Daily.

Kelajuan burung berbeza mengikut jarak dan kepantasan merpati lumba biasanya mencapai 150 kilometer sejam tetapi tidaklah sepantas kereta api laju.

Lelaki terbabit, Gong dan Zhang kemudian cuba menyembuny­ikan jenayah mereka dengan membunuh burung merpati itu dan memulangka­n wang kemenangan, kata akhbar itu lagi.

Mahkamah Shanghai kemudian mengenakan hukuman penjara tiga tahun ke atas mereka atas penipuan itu.

Mahkamah juga mendenda Gong 30,000 yuan (RM18,117) dan Zhang 20,000 yuan (RM12,078) kerana melanggar peraturan pertanding­an apabila menggunaka­n burung lebih tua sedangkan usia merpati sepatutnya setahun, kata akhbar itu.

Kedua-dua mereka merancang dengan rapi untuk menang perlumbaan April 2017 bermula dari bandar Shangqiu di wilayah Henan hingga ke Shanghai meliputi jarak 750 kilometer.

Gong dan Zhang menggerakk­an pelan mereka setahun lebih awal dengan meletakkan merpati mereka di Henan dan Shanghai supaya haiwan itu mengenali lokasi perlumbaan.

Selepas menunjukka­n merpati mereka kepada penganjur di Henan, mereka tidak terus ke Shanghai sebaliknya membawa burung itu ke tempat lain di wilayah itu.

Di sana, merpati itu diletak dalam kotak susu dan dibawa naik kereta api laju ke Shanghai sebelum dilepaskan untuk terbang ke lokasi akhir perlumbaan dan menang tempat pertama.

Perlumbaan merpati popular dalam kalangan penduduk China dan Shanghai dianggap ibu pejabat sukan itu. - AFP

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia