Harian Metro

Suu Kyi sepatutnya letak jawatan

„ Berada dalam keadaan boleh melakukan sesuatu, namun sebaliknya menafikan jenayah terhadap etnik Rohingya

-

Kekejaman di negeri Rakhine itu memaksa hampir sejuta etnik Rohingya jadi pelarian

Pemenang Hadiah Nobel, Aung San Suu Kyi, sewajarnya meletak jawatan sebagai penasihat kerajaan berikutan kekejaman operasi tentera negara itu terhadap etnik Islam Rohingya.

Dalam temuramah dengan BBC, Ketua Agensi Hak Asasi Manusia Pertubuhan Bangsa-Bangsa bersatu (PBB), Zeid Ra’ad Al Hussein berkata, usaha pemimpin itu untuk mencari alasan ‘amat dikesalkan.’

“Beliau berada dalam keadaan yang boleh melakukan sesuatu. Beliau boleh berdiam diri atau lebih baik, meletak jawatan.

“Tidak perlu beliau menjadi jurucakap tentera Myanmar. Beliau tidak perlu mengatakan ini adalah hanya secebis maklumat yang salah. Ia adalah pemalsuan,” katanya.

Menurutnya, Suu Kyi boleh memberitah­u kerajaan Myanmar beliau bersedia menjadi pemimpin negara itu, namun bukan dalam keadaan sekarang.

Menurut AFP, kenyataan Hussein itu dibuat selepas laporan jawatankua­sa penyiasat PBB menyatakan tentera Myanmar melakukan pembunuhan dan merogol beramai-ramai dengan niat penghapusa­n etnik terhadap penduduk minoriti Islam Rohingya. Laporan itu juga mencadangk­an pemerintah tertinggi tentera Myanmar, Min Aung Hlaing, dan lima jeneral wajar didakwa berdasarka­n bukti kukuh di kumpul pasukan penyiasat.

Myanmar menolak laporan siasatan pasukan penyiasat itu dan menuduh ia adalah dakwaan palsu.

Al-Jazeera melaporkan, ketika berucap di Singapura minggu lalu, Suu Kyi enggan mengakui jenayah yang dilakukan tentera Myanmar sebaliknya merestui kempen ketenteraa­n itu.

Kekejaman ketika operasi ketenteraa­n Myanmar di negeri Rakhine itu memaksa hampir sejuta etnik Rohingya menjadi pelarian dan melarikan diri ke Bangladesh.

Mereka membawa cerita mengerikan bagaimana tentera membunuh penduduk, termasuk kanak-kanak dengan kejam dan merogol wanita, manakala perkampung­an musnah dibakar.

Sementara itu, Reuters melaporkan Jawatankua­sa Nobel Norway tidak akan menarik balik Hadiah Nobel keamanan Suu Kyi.

“Suu Kyi menang Hadiah Nobel Keamanan atas perjuangan demokrasi dan kebebasan sehingga 1991, iaitu pada tahun beliau menang hadiah itu,” kata Setiausaha Jawatankua­sa Nobel Norway, Olav Njoelstad.

Menurutnya, peraturan mengawal Hadiah Nobel tidak membenarka­n hadiah itu ditarik balik.

 ??  ?? SUU Kyi
SUU Kyi

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia