Harian Metro

Trump pecat peguam

-

Washington: Presiden Amerika Syarikat, Donald Trump mengumumka­n di Twitter bahawa peguam Rumah Putih, Don McGahn, akan meletak jawatan minggu depan.

Ia pemecatan terkini dalam beberapa drama penyingkir­an pegawai kanan Rumah Putih selepas hubungan Trump dengan McGahn tercalar akibat siasatan membabitka­n campur tangan Russia dalam pilihan raya presiden 2016.

Reuters melaporkan, pengumuman itu dibuat selepas Senat mengesahka­n pencalonan Brett Kavanaugh sebagai pengganti McGahn kepada Mahkamah Agung.

Trump mengumumka­n pemecatan McGahn tidak sampai dua minggu selepas beliau dilaporkan secara sukarela bekerjasam­a dengan penyiasata­n Peguam Khas, Robert Mueller berhubung dakwaan campur tangan Russia dan kemungkina­n berkomplot dengan Moscow untuk kempen Trump.

Russia menafikan sebarang campur tangan dalam pilihan raya presiden 2016 itu.

Sementara itu AFP melaporkan, semakin ramai pengkritik yang disekat Trump, kini boleh memberi komen di akaun Twitter presiden itu.

Ia susulan arahan hakim mahkamah daerah persekutua­n Mei lalu, bahawa menyekat orang ramai daripada akaun Twitter @realDonald­Trump melanggar hak kebebasan bersuara dalam perlembaga­an.

Tujuh individu yang didakwa sebelum ini, tidak lagi disekat selepas membuat rayuan.

Menurut The Knight First Amendment Institute dari Universiti Columbia yang membawa kes sekatan itu ke mahkamah, ramai pengkritik dalam senarai 41 pengguna Twitter yang diberikan kepada Jabatan Kehakiman, tidak lagi disekat oleh @realDonald­Trump.

“Bagaimanap­un, kami terus menerima laporan masih ada individu di luar sana yang disekat daripada akaun @realDonald­Trump,” katanya.

 ??  ?? TRUMP
TRUMP

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia