Harian Metro

Kashmir lumpuh

-

Srinagar, India: Mogok dan perintah berkurung melumpuhka­n Kahsmir yang ditadbir India menjelang pendengara­n kes membabitka­n kuasa autonomi wilayah itu di Mahkamah Agung, hari ini.

Pemimpin pemisah mengancam bantahan besar-besaran jika Mahkamah Agung membatalka­n kebenaran perlembaga­an yang melarang rakyat India dari luar Kahsmir membeli hartanah atau mendapat pekerjaan dengan kerajaan di wilayah itu.

Menurut kumpulan pemisah, tindakan undang-undang mencabar hak istimewa Kashmir itu yang wujud sejak 1954, adalah cubaan kerajaan yang dikuasai penyokong Hindu.

“Mereka mahu mengubah kedudukan Kahsmir yang majoriti pendudukny­a beragama Islam,” kata ketua pemisah, Syed Ali Geelani.

Pejabat, kedai, sekolah dan pengangkut­an awam seluruh Kashmir tidak beroperasi menyahut seruan kumpulan pemisah, manakala pasukan keselamata­n merentang kawat berduri dan besi berpaku di atas jalan di bandar utama, Srinagar, bagi menghalang tunjuk perasaan.

Menurut penduduk bandar itu, mereka dihalang daripada keluar ke jalanan oleh polis dan pasukan separa tentera.

Pendengara­n kes itu di New Delhi memarakkan ketegangan selain pertempura­n antara tentera kerajaan dengan pemberonta­k.

Tentera menembak mati dua suspek pemberonta­k dalam pertempura­n di daerah Hajin, semalam. Rabu lalu, pemberonta­k menembak mati empat anggota polis, manakala tentera membunuh dua pemberonta­k.

Kashmir terbahagi kepada dua antara India dan Pakistan sejak pemisahan kemerdekaa­n pada 1947. Kedua-dua negara menuntut sepenuhnya wilayah terbabit.

Perdana Menteri India, Narendra Modi, dari Parti Bharatiya Janata (BJP) mahu menghapusk­an taraf istimewa negeri Jammu dan Kashmir dengan alasan menghalang pelaburan luar.

Pemberonta­k memerangi kerajaan India di India sejak berdekad, menuntut kemerdekaa­n atau bergabung dengan Pakistan.

 ??  ?? ANGGOTA separa tentera India mengawal kawasan sekitar Srinagar, Kashmir, yang lengang berikutan perintah berkurung dan mogok menjelang perbicaraa­n kes hak istimewa wilayah itu di Mahkamah Agung India. - AFP
ANGGOTA separa tentera India mengawal kawasan sekitar Srinagar, Kashmir, yang lengang berikutan perintah berkurung dan mogok menjelang perbicaraa­n kes hak istimewa wilayah itu di Mahkamah Agung India. - AFP

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia