Harian Metro

Jadi kes jenayah

- AFP

„ Polis serbu pejabat BMW disyaki sembunyi masalah kenderaan

Polis Korea Selatan melakukan serbuan terhadap pejabat pengeluar kenderaan Jerman, BMW semalam, berhubung kebakaran puluhan enjin kereta syarikat itu.

Menurut pegawai unit jenayah perdaganga­n Polis Metropolit­an Seoul, anggotanya menyiasat kemungkina­n syarikat itu menyembuny­ikan kerosakan kenderaan dan sudah merampas dokumen serta bahan lain.

Bagaimanap­un, dia enggan memberi maklumat lanjut. BMW Korea belum memberi ulasan balas mengenai serbuan itu.

Agensi berita Yonhap melaporkan, 30 anggota penyiasat terbabit dalam operasi itu.

“Kami akan melakukan siasatan menyeluruh bagi mencari kebenaran,” kata seorang pegawai polis yang dipetik agensi berita itu.

Tindakan itu dibuat selepas lebih 40 kenderaan BMW terbakar tahun ini hingga ada pengurusan tempat letak kereta enggan membenarka­n pemandu BMW meletak kereta itu kerana bimbang kebakaran berlaku.

Mulai bulan ini, Korea Selatan melarang kenderaan BMW berada di jalan raya selagi ia tidak lulus pemeriksaa­n keselamata­n.

Selain itu, puluhan pe- milik kenderaan BMW mengemukak­an aduan memohon siasatan jenayah dilakukan terhadap firma itu di sini.

Bulan lalu, BMW Korea menarik balik 106,000 kenderaann­ya yang menggunaka­n ekzos modul pengaliran semula gas yang dikatakan penyebab kebakaran.

Ia membabitka­n penarikan semula 42 model kenderaan BMW yang kesemuanya menggunaka­n enjin diesel.

 ??  ?? KETUA BMW Korea Kim Hyo-joon tunduk memohon maaf berikutan kebakaran puluhan kenderaan keluaran syarikat itu sejak beberapa bulan lalu. - EPA
KETUA BMW Korea Kim Hyo-joon tunduk memohon maaf berikutan kebakaran puluhan kenderaan keluaran syarikat itu sejak beberapa bulan lalu. - EPA

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia