Harian Metro

MURRAY GAGAL MARA

- AFP

„ Penampilan semula bintang Britain berakhir di pusingan kedua selepas ditewaskan Verdasco

Penampilan Andy Murray dalam perlawanan Grand Slam pertamanya sejak lebih setahun berakhir setakat pusingan kedua pada Terbuka Amerika Syarikat, apabila pemain itu tewas empat set di tangan pencabar dari Sepanyol, Fernando Verdasco, semalam.

Verdasco yang juga pilihan ke-31, tewas 13 daripada 14 perlawanan bertemu pemain Scotland itu yang memenangi gelaran pertama Grand Slam pada Terbuka AS 2012.

Namun pada saingan di New York semalam, Verdasco berjaya menewaskan lawannya itu 7-5, 2-6, 6-4, 6-4 bagi melangkah ke pusingan ketiga untuk bertemu seorang lagi bekas juara, Juan Martin del Potro yang di-

semula

(gambar)

letakkan sebagai pilihan ketiga.

“Saya hanya menewaskan dia (Murray) pada Terbuka Australia 2009, jadi satu-satunya perlawanan saya tewaskan dia adalah pada Grand Slam, jadi ia memberi sedikit motivasi kepada saya hari ini dan cuba untuk menewaskan­nya sekali lagi,” kata Verdasco.

Murray bermain dalam Grand Slam pertama buatnya sejak Wimbledon tahun lalu berikutan kecederaan pinggul yang memaksanya melakukan pembedahan Januari lalu.

Pemain itu kembali menyertai kejohanan dengan kemenangan empat set ke atas pemain Australia, James Duckworth pada pusingan pertama tetapi dia tidak dapat menyekat kemaraan Verdasco.

“Sudah tentu ia sukar dalam perlawanan yang sengit tapi saya rasa dengan Murray, ia selalunya sukar – setiap mata sukar kerana dia tidak pernah berputus asa,” kata Verdasco.

“Biarpun dengan semua pembedahan yang dilakukan dan tidak 100 peratus dalam fizikal yang baik, dia seorang pejuang.”

Sementara itu, pemain nombor satu dunia dan juara bertahan Rafael Nadal mara ke pusingan ketiga dalam cuaca pans dengan kemenangan tiga set terus ke atas Vasek Pospisil.

Nadal, yang bagaimanap­un berjaya mengelak cuaca terlalu panas kerana bermain pada sebelah malam di Stadium Arthur Ashe, mudah mengatasi Pospisil 6-3, 6-4, 6-2.

“Keadaan amat sukar,” kata Nadal. “Penting untuk bermula dengan amat baik dengan break. Untuk menang dengan tiga set terus sering kali amat positif, terutama dalam keadaan sebegini. Ia hampir tengah malam, terlalu gembira dengan kemenangan ini.”

Bekas juara Stanislas Wawrinka turut melayakkan diri dan berjaya menangani panas terik tengah hari selain Ugo Humbert yang terlalu bersemanga­t.

“Saya sedar ia pasti perlawanan yang sukar,” kata Wawrinka, agak terkejut kerana masih cergas selepas menang 7-6 (7/5), 4-6, 6-3, 7-5 dalam tempoh tiga jam 21 minit.

 ??  ?? VERDASCO
VERDASCO
 ??  ??

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia