Harian Metro

Magpies pulang awal

-

London: Permulaan buruk Newcastle United musim ini berterusan apabila dipalit kekalahan 1-3 kepada kelab Liga Kejuaraan, Nottingham Forest sekali gus tersingkir pada pusingan dua Piala Liga Inggeris, awal pagi semalam.

Begitupun, dua lagi kelab dalam saingan elit Liga Perdana Inggeris, Everton dan Watford meneruskan rentak baik tanpa kalah musim ini dengan masing-masing menang ke atas Rotherham dan Reading untuk mara ke pusingan ketiga.

Bos Newcastle, Rafael Benitez dikritik hebat susulan pendekatan negatif yang dilakukann­ya ketika tewas kepada Chelsea dalam aksi liga Ahad lalu yang menyaksika­n kelab dengan julukan Magpies itu hanya mengutip satu mata daripada tiga aksi liga.

Benitez melakukan tujuh perubahan ketika kunjungan ke City Ground, tetapi ia jelas tampak tidak menjadi apabila tuan rumah membuka tirai jaringan menerusi tandukan Daryl Murphy seawal minit kedua.

Ketika jaringan itu seperti cukup untuk mengesahka­n kemaraan Forest, Newcastle menyamakan kedudukan menerusi Salomon Rondon selepas dua minit memasuki masa kecederaan.

Begitupun, kealpaan pertahanan Newcastle dihukum apabila tuan rumah menyumbat dua lagi gol berselang dua minit selepas itu untuk membawa mereka ke peringkat 32 terbaik.

“Saya tidak setuju Forest pasukan yang lebih baik dan saya tidak bimbang dengan corak permainan kami,” kata Benitez.

“Kami tidak mencipta begitu banyak peluang, jadi kami perlu meningkat ketika menyerang dan terus bekerja keras.

“Ia musim yang panjang, kami tahu ia akan menjadi sukar tapi kami mempunyai keyakinan terhadap diri sendiri.”

Everton dalam pada itu tidak berdepan banyak masalah untuk mara dengan dua gol Gylfi Sigurdsson dan Dominic Calvert-Lewin untuk membawa skuad kendalian Marco

 ??  ??
 ??  ?? MURPHY (kanan) ledak gol seawal
minit kedua.
MURPHY (kanan) ledak gol seawal minit kedua.

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia