Harian Metro

DEBARAN BURU TIGA MATA

-

skuad kecil itu.

United akan turun tanpa pertahanan tengah Phil Jones, manakala pemain sayap Iceland, Johann Berg-Gudmundsso­n diragui buat Burnley kerana kecederaan hamstring.

Pemain tengah United dari Sepanyol, Ander Herrera percaya pilihan yang banyak dimiliki Mourinho bermakna mereka boleh menemui pendekatan terbaik tidak lama lagi.

“Kami bertindak baik sepanjang 60 atau 70 minit (menentang Spurs) dan patut mendahului 2-0 sebelum rehat, tapi kami gagal melakukann­ya. Jika kami mahu menang perlawanan berikutnya menentang Burnley inilah komitmen yang kami perlu ada. Asasnya sudah terbukti. Inilah cara yang patut kami lakukan jika mahu menang menentang Burnley.

“Kami mempunyai kualiti, skuad yang amat besar. Kami melakukan enam pertukaran dan bagi 70 minit pertama, kami bagus,” kata Herrera.

Ketika Spurs yang mempunyai rekod 100 peratus, pasti tampil dengan rangsangan kuat selepas kejayaan mereka di Old Trafford, lawan mereka malam esok Watford muncul pasukan mengejutka­n pada kempen kali ini kerana pasukan kendalian Javi Gracia turut menang semua tiga perlawanan awal.

Juara Manchester City dijangka kembali mencetak kemenangan di laman sendiri menentang Newcastle United dalam perlawanan yang menemukan Pep Guardiola dengan warga senegarany­a dari Sepanyol, Rafael Benitez.

City terpaksa bangkit untuk seri 1-1 dengan pasukan pendatang baru Wolverhamp­ton Wanderers minggu lalu, manakala Newcastle dijangka mengulangi pendekatan bertahan digunakan ketika mereka kalah 1-2 di laman sendiri kepada Chelsea.

„ United terdesak elak kekalahan kali ketiga berturut-turut

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia