Harian Metro

Buru pemain versatil Cruz kembali robek gawang lawan

- Firdaus Hashim firdaushas­him@hmetro.com.my Asrol Awang sukanteam@nstp.com.my

„ Cheng Hoe cari pemain punyai ciri taktikal, kemahiran tinggi

T(gambar)

an Cheng Hoe meminta semua pihak memberi kepercayaa­n penuh kepada barisan jurulatih skuad Harimau Malaya dalam usaha membentuk pasukan berwibawa menghadapi saingan Piala AFF, November ini, meskipun tidak dibarisi pemain berdarah kacukan atau berstatus naturalisa­si.

Beliau yang dilantik mengisi kerusi panas itu bagi menggantik­an Nelo Vingada hujung tahun lalu berkata, biarpun ketika ini banyak pihak mempertika­ikan senarai 24 pemain dipanggil bagi sesi latihan pusat bermula Isnin ini, Cheng Hoe tetap tenang dan enggan terlalu memikirkan soal itu.

Sebaliknya, bekas pengendali Kedah itu mempunyai alasan tersendiri tidak menyenarai­kan walau seorang pemain berdarah kacukan bagi diuji pada dua aksi persahabat­an antarabang­sa bertemu Taiwan di Taipei, 7 September ini serta menentang Kemboja di Phnom Penh, tiga hari kemudian.

Melihatkan kepada senarai itu, pemain berdarah kacukan seperti Matthew Davies, Brendan Gan, Khair Jones, Natxo Insa, La’Vere Corbin-Ong, Kiko Insa, Junior Eldstal dan Darren Lok yang pernah membuat kemunculan bersama skuad kebangsaan, tidak disenaraik­an kali ini.

Malah, nama Curran Ferns yang kini bermain di Thailand bersama Shukothai FC serta pemain naturalisa­si, Mohamadou Sumareh turut tercicir.

Jelas Cheng Hoe, ada beberapa perkara yang perlu diambil kira dengan beliau meletakkan asas paling penting pemain itu harus sesuai dengan corak permainan yang ingin diterapkan­nya.

“Tidak semestinya pemain memiliki fizikal besar dan tinggi akan terpilih kerana kadangkala ia tidak sesuai dengan cara kita bermain.

“Saya lebih gemar memilih pemain yang mempunyai taktikal dan kemahiran baik seperti pemain skuad bawah 23 tahun negara. Tapi kalau pemain itu mempunyai kedua-duanya itu satu bonus buat pasukan.

“Namun ingin saya tekankan, pemilihan pemain berdasarka­n Kuantan: Hampir dua bulan diketepika­n kerana kecederaan, penyerang Pahang, Patrick Cruz sudah sedia kembali memperkasa­kan jentera serangan apabila bertemu Selangor di Stadium Darul Makmur, malam esok.

Pemain berasal dari Brazil itu berkata, tempoh rehat panjang kesan daripada kecederaan pangkal paha kanan membuatkan­nya teruja untuk membantu skuad Tok Gajah mengisi slot suku akhir Piala Malaysia.

“Saya sudah pulih sepenuhnya dan sedia untuk merobek gawang Selangor kerana memiliki pengalaman manis apabila bertemu pasukan itu.

“Saya menjaringk­an dua gol, masing-masing satu ketika kami menang 3-1 dalam Liga Super dan 2-0 pada aksi final Piala FA. prestasi semasa mereka bersama kelab dan negeri. Jika mempamerka­n aksi terbaik, saya akan senaraikan mereka dalam aksi persahabat­an Oktober ini,” katanya kepada Sukan NSTP, semalam.

Selain berdepan Taiwan dan Kemboja, skuad negara juga akan mengharung­i tiga aksi persahabat­an berdepan Sri Lanka, Kyrgyzstan dan Maldives pada Oktober dan November depan.

Beliau yang gemar mengamalka­n corak permainan hantaran pendek mengakui gaya permainan mudah ala ‘tiki-taka’ akan dipraktikk­an seperti mana ketika beliau membimbing Kedah sebelum ini.

“Itu cara kami bermain. Saya percaya dengan kelompok pemain yang dipanggil, mereka mampu mengadapta­si kaedah permainan yang kami mahukan,” katanya.

“Saya tidak sabar untuk turun bermain kerana hanya kemenangan akan mengesahka­n Pahang ke suku akhir. Namun, terpulang kepada jurulatih (Dollah Salleh) untuk membuat keputusan,” katanya.

Kelmarin, pemain berusia 25 tahun itu menamatkan sesi latihan dengan membuktika­n dia sudah cergas dan sedia menggalas tugas selaku penyerang.

Dalam kempen Piala Malaysia, skuad Tok Gajah merekod dua menang dan dua seri, tetapi ketumpulan jentera serangan mengundang kebimbanga­n Dollah.

 ?? Tan Cheng Hoe ?? Pemilihan pemain berdasarka­n prestasi semasa mereka bersama kelab dan negeri”
Tan Cheng Hoe Pemilihan pemain berdasarka­n prestasi semasa mereka bersama kelab dan negeri”
 ??  ?? PATRICK Cruz (kiri)ketika sesi latihan bersama rakan sepasukan.
PATRICK Cruz (kiri)ketika sesi latihan bersama rakan sepasukan.

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia