Harian Metro

Tekad beri aksi terbaik

-

Palembang: Atlet triatlon negara bertekad memberikan aksi terbaik mereka untuk meningkatk­an pencapaian masing-masing dan mengharumk­an nama negara, apabila turun pada Hari Kebangsaan hari ini di Sukan Asia Jakarta-Palembang 2018.

Atlet triatlon, Irene Chong dan Teoh Sue Ling antara kalangan atlet Malaysia yang beraksi dalam cabaran Sukan Asia buat julung kalinya, dengan hanya satu di minda mereka, mengharumk­an nama negara.

Seorang atlet triatlon memerlukan kekuatan mental dan fizikal untuk menamatkan perlumbaan, iaitu berenang sejauh 1.5km, mengayuh basikal sejauh 40km dan berlari sejauh 10km ke garisan penamat.

Irene, 29, menyasarka­n untuk mengakhiri perlumbaan di tangga 15 teratas, dalam perlumbaan di luar negara pertamanya sejak memenangi pingat gangsa pada Sukan SEA Kuala Lumpur 2017.

“Saya rasa agak istimewa untuk beraksi pada Hari Kebangsaan dan saya amat bangga untuk membawa cabaran negara, terutama pada Hari Kebangsaan sementara orang lain menikmati cuti mereka. Tahun lalu, saya tidak menyertai mana-mana acara antarabang­sa dan hanya berlumba di Triatlon Antarabang­sa Port Dickson, Julai lalu.

“Ia kerana saya menyambung kembali pengajian dan kekurangan sokongan kewangan, tapi saya tidak pernah berhenti berlatih. Sedia atau tidak, esok adalah hari perlumbaan, jadi saya mesti berhabis-habisan dan memberikan yang terbaik,” kata penuntut jurusan Sains Sukan di Universiti Malaya itu.

Sementara itu, Sue Ling, 39, atlet gantian di saat akhir berharap untuk memperbaik­i rekod peribadiny­a, dua jam dan 30 minit selepas menjalani persiapan intensif.

“Ia amat istimewa kerana esok Hari Kebangsaan dan kami bertanding untuk negara. Ini kali pertama saya berlumba pada Hari Kebangsaan dan perasaanny­a berbeza,” kata Sue Ling yang menggantik­an Serena Yang yang cedera. - BERNAMA

 ??  ?? DARI kiri, Irene, Aldrian dan Sue Ling bersemanga­t ketika sesi latihan sempena acara triatlon Sukan Asia 2018 di Danau Ski Air Bandar Sukan Jakabaring, semalam.
DARI kiri, Irene, Aldrian dan Sue Ling bersemanga­t ketika sesi latihan sempena acara triatlon Sukan Asia 2018 di Danau Ski Air Bandar Sukan Jakabaring, semalam.

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia