Harian Metro

Emas Hari Merdeka Azizul

-

Jakarta: Jaguh berbasikal trek negara, Azizulhasn­i Awang menghadiah­kan kejayaanny­a meraih emas dalam acara pecut individu sempena Hari Kebangsaan negara ke-61, hari ini.

Pelumba bergelar The Pocket Rocketman itu memastikan emas di Velodrom Antarabang­sa Jakarta apabila mengatasi cabaran pelumba Jepun, Tomohiro Fukaya dalam aksi dua set di final.

“Sudah pasti ini hadiah Hari Kebangsaan negara esok. Terima kasih kepada semua yang sentiasa mendoakan saya. Selamat Hari Merdeka,” katanya semalam.

Jelasnya, kejayaan yang diraih bukanlah semudah yang disangka walaupun mampu menang dalam dua siri perlumbaan.

“Banyak muslihat dan perancanga­n. Perlumbaan pertama di final saya beri semuanya untuk menang dan ia kelihatan lebih mudah pada perlumbaan kedua kerana semangat melawan dia sudah habis,” katanya.

Namun, dia menjelaska­n cabaran sebenarnya lebih sukar pada aksi separuh Banyak muslihat dan perancanga­n. Aksi pertama di final saya beri semuanya untuk menang dan ia kelihatan lebih mudah pada perlumbaan kedua kerana semangat melawan dia sudah habis” akhir pada sebelah pagi apabila menentang pelumba terpantas dalam aksi kelayakan, Im Chae Bin dari Korea Selatan.

“Kini saya mahu pulang dan berehat bagi pastikan diri dalam keadaan terbaik bagi menghadapi acara keirin esok (hari ini). Saya tidak mahu terlalu yakin dan menghormat­i pelumba lain dalam keirin,” katanya.

Kejayaan Azizul adalah emas kelima kontinjen negara dan menebus kegagalann­ya pada Kejohanan Trek Dunia serta Sukan Komanwel gara-gara jangkitan virus.

Malah, ia adalah pingat emas pertamanya dalam acara pecut individu Sukan Asia.

Sementara itu, Shah Firdaus Sahrom memberikan tentangan sengit sebelum tewas kepada Chaebin 1-2 dalam penentuan gangsa.

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia