Harian Metro

Tuah tampanan Kumar

-

„ Skuad hoki negara mara final, benam India menerusi penentuan penalti

Tiada apa yang lebih menggembir­akan skuad hoki negara di ambang Hari Kebangsaan ke-61 apabila menewaskan India menerusi penentuan penalti malam tadi.

Misi skuad negara untuk layak ke Olimpik 2020 yang pada mulanya dianggap mustahil ketika berdepan pasukan kelima dunia itu kini kembali terhidang.

“Kami bermain dengan penuh disiplin. Kami melakukan banyak analisis, melihat rakaman video dan idea pemain senior bagaimana mahu menghadapi India.

“Kami mempertaha­nkan gawang dengan baik apabila lawan mendapat pukulan sudut penalti dan mengambil peluang apabila terhidang,” jelas ketua jurulatih negara, Stephen Van Huizen.

Beliau bagaimanap­un mengingatk­an pemain supaya tidak terlalu meraikanny­a seperti pada edisi 2010 apabila kali pertama mara ke final, namun akhirnya terpaksa akur dengan pingat perak.

“Kami perlu fokus. Misi seterusnya adalah meraih emas dan tiket Sukan Olimpik 2020. Tidak kira siapa lawan, ia adalah perlawanan yang baru,” katanya.

S Kumar muncul wira pasukan apabila menyelamat­kan ‘shoot out’ terakhir selepas kedudukan terikat 2-2 pada masa sebenar.

Dalam saingan sengit separuh akhir itu, India terlebih dulu membuka jaringan pada minit ke-32 hasil tolakan sudut penalti yang disempurna­kan Harmanpree­t Singh.

Tujuh minit berselang Faizal Shaari menyamakan kedudukan menerusi gol padang hasil serangan balas pantas.

Bagaimanap­un, gol itu tidak bertahan lama apabila Varun Kumar kembali meletakkan India di depan menerusi gol pukulan sudut penalti pada minit ke-40.

Ketika India sudah sebelah kaki berada di final, Razie Rahim menjaringk­an gol padang berbaki seminit permainan untuk membawa ke penentuan penalti.

Malaysia akhirnya menang 7-6 selepas pukulan ‘shoot out’ ke-20 Sunil Sowmarpet diselamatk­an Kumar.

 ??  ??

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia