Harian Metro

5 KARYA PEMBAKAR SEMANGAT

- Amirul Haswendy Ashari. haswendy@hmetro.com.my

Karya genre biopik dan sejarah berkaitan patriotik dan semangat kemerdekaa­n bukan perkara baru dalam industri perfileman tempatan.

Antara judul popular yang sering diangkat setiap tahun adalah Sarjan Hassan, Bukit Kepong, Leftenan Adnan, Paloh, 1957: Hati Malaya dan Tanda Putera.

Itu belum dikira lagi dengan filem terbaru berkaitan perjuangan mengekalka­n kemerdekaa­n seperti Kanang Anak Langkau, Bravo 5 dan Paskal yang akan ditayangka­n September ini.

Sempena sambutan Hari Kebangsaan yang disambut Malaysia tercinta pada hari ini, Harian Metro menyenarai­kan lima filem dan drama bertemakan patriotik.

Judul: Pulang

Arahan: Khabir Bhatia Lakonan: Remy Ishak, Puteri Aishah, Alvin Wong, Datuk Jalaluddin Hassan dan Erwin Dawson. Tayangan: 26 Julai 2018.

Filem ini mungkin secara zahir berkisar kisah benar cinta antara Othman dan Che Thom yang terpisah 60 tahun tetapi elemen perjuangan kemerdekaa­n, babak aksi penjajahan Jepun di Tanah Melayu dan usaha untuk mengubah kehidupan agar lebih selesa cukup kuat menjadikan ia antara naskhah patriotik terbaru.

Judul: Ola Bola

Arahan: Chiu Keng Guan Lakonan: JC Chee,

Luqman Hafidz, Saran Kumar Manokaran, Marianne Tan, Katrina Ho, Bront Palarae, Taufiq Hanafi dan Frankie Lee. Tayangan: 28 Januari 2016.

Ola Bola mungkin bukan filem mengenai peperangan atau perjuangan menuntut kemerdekaa­n tetapi elemen patriotik serta kesatuan yang luhur demi menjaga maruah negara melalui perlawanan bola adalah sesuatu yang menyentuh hati.

Karya ini dianggap filem Malaysia paling berjaya kerana menyatukan semua bangsa untuk menontonny­a dan pada masa sama meraikan kepelbagai­an kaum di negara tercinta.

 ??  ??
 ??  ?? OLA Bola
OLA Bola

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia