Harian Metro

Spekulasi Ed dah kahwi

- Georgie Joseph georgie@hmetro.com.my

Sejak bertunang dengan Cherry Seaborn pada Disember tahun lalu, pasti ramai menantikan khabar gembira bila Ed Sheeran akan menamatkan zaman bujang.

Terbaru, Ed, 27, menjadi bualan hangat apabila dikatakan sudah berkahwin secara senyap-senyap dengan tunangnya itu.

Ramai mengandaik­an majlis itu diadakan secara kecil-kecilan dan tertutup.

Dalam satu temu bual baru-baru ini, penyanyi lagu Perfect itu turut memberi bayangan dia sebenarnya sudah berkahwin.

Dia juga tidak mengiakan atau menidakkan ketika disoal mengenai spekulasi berkenaan.

Bagaimanap­un, reaksinya tersenyum lebar sambil memberikan isyarat tidak tahu nyata mencetuska­n teka-teki.

Menjawab beberapa soalan mengenai perkahwina­n, Ed mengakui dia lebih suka mengadakan perkahwina­n yang ringkas. Dia juga tidak berhajat menyanyi pada majlisnya sendiri.

“Saya tidak gemar apabila terlalu ramai orang berada di belakang pentas bersama saya. Begitu juga untuk perkahwina­n, saya tidak mahu ia dihadiri ramai orang. Saya juga tidak akan menyanyi di majlis perkahwina­n saya,” katanya.

Terkenal dengan sifatnya yang tidak suka berkongsi kehidupan peribadi, agak mengejutka­n apabila tunangnya itu muncul beberapa kali dalam dokumentar­i terbaru mengenainy­a.

Ed berkata, dia mengakui perkara itu agak pelik namun tidak menganggap kemunculan Cherry sesuatu yang perlu digembar-gemburkan.

“Saya tahu ia sesuatu yang mengejutka­n dan saya sendiri tertanya-tanya adakah dia patut muncul atau tidak? Namun, tidak mengapa, saya okey saja.

“Memang pelik juga buat saya. Tapi dalam dokumentar­i itu, tiada apa-apa pendedahan yang terlalu peribadi pun mengenai kami,” katanya.

Dalam perkembang­an lain, pasangan itu juga dilihat memakai gelang sedondon ketika berkunjung ke Los Angeles, Amerika Syarikat.

Mereka dilihat begitu berseri-seri tatkala meluangkan masa berjalanja­lan dengan rakan mereka.

Selain itu, dia juga mengakui sekarang hatinya benar-benar tenang dengan hubungan cintanya. Dia sudah tiada rasa untuk menulis lagu berkenaan patah hati.

Benar atau tidak mereka sudah berkahwin? Nampaknya peminat bertalumen­ghadiahkan talu ucapan tahniah buat pasangan itu.

Mereka turut mendoakan kebahagiaa­n Ed dan Cherry terus berpanjang­an.

 ??  ??
 ??  ?? ED akui sangat bahagia bersama Cherry.
ED akui sangat bahagia bersama Cherry.

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia