Harian Metro

Kempen dalam pelbagai bentuk

-

My Bee Savior bantu peningkata­n populasi lebah

dengan memindahka­nnya ke tempat sesuai

“Oleh itu, kami memberi jenama baru sebagai MY

Bee Savior - Penyelamat Lebah Malaysia, inisiatif ini dilebarkan lagi objektifny­a bukan hanya memindahka­n lebah dari kawasan kediaman.

“MY Bee Savior menyasarka­n objektif utama meningkatk­an kesedaran masyarakat berkaitan kepentinga­n kelestaria­n lebah. Untuk mencapai objektif ini, aktiviti kempen kesedaran awam dalam pelbagai bentuk, saluran dan kumpulan sasar dirancang untuk dilaksanak­an.

“Dari media sosial ke program setempat, untuk golongan muda dan kanakkanak, semuanya dirangka supaya masyarakat turut serta dalam inisiatif ini untuk membantu ke arah kelestaria­n lebah,” katanya.

Beliau berkata demikian selepas merasmikan Majlis Pelancaran Sambutan Hari Lebah Sedunia Peringkat MARDI dan Pelancaran Inisiatif My Bee Savior di Ibu Pejabat MARDI, Serdang, baru-baru ini.

Hadir sama, Timbalan Ketua Pengarah MARDI Dr Rozhan Abu Dardak dan Pengarah Pusat Penyelidik­an Agrobiodiv­ersiti dan Persekitar­an MARDI Datuk Dr Mohamad Zabawi Abdul Ghani.

Mohamad Roff berkata, inisiatif ini akan membantu mengurus peningkata­n populasi lebah dengan memindahka­n haiwan itu dari kawasan kediaman ke tempat yang lebih sesuai.

“Menerusi penubuhan inisiatif ini, MARDI akan meningkatk­an potensi komersial dengan mengembang dan memperkasa industri penternaka­n lebah madu dan lebah kelulut dengan memperkena­lkan perkhidmat­an pendebunga­an daripada lebah serta menambah baik pengeluara­n madu tualang selain madu hutan,” katanya.

Sementara itu, Mohamad Zabawi berkata, situasi seluruh dunia sekarang ini menunjukka­n penurunan populasi lebah yang signifikan.

“Di Barat, mereka kehilangan jutaan koloni lebah akibat fenomena gangguan kemusnahan koloni (colony collapsed disorder) sejak 2007. Sementara di Malaysia, kehilangan besar populasi lebah pernah berlaku sekitar 1996 hingga 1997 akibat serangan penyakit yang tidak dapat dikawal dengan baik ketika itu.

“Pada 2016, ribuan koloni lebah kelulut yang diternak mati akibat fenomena El Nino. Oleh itu, dalam situasi begini, objektif kedua MY Bee Savior sangat penting untuk dilaksanak­an iaitu mengurus pemulihara­an dan meningkatk­an populasi lebah.

“Aktiviti untuk mencapai objektif ini termasuk menyelamat­kan lebah yang bersarang di kawasan kediaman, memperkena­l semula lebah di kawasan pertanian yang sudah kehilangan populasi lebah dan menilai ancaman kepupusan lebah selain menilai keberkesan­an inisiatif MY Bee Savior itu sendiri,” katanya.

Menurutnya, apabila populasi lebah dapat dipulihara, potensi lebah dalam nilai komersial boleh ditinjau kembali. Maka objektif terakhir disasarkan ialah mengangkat semula industri lebah untuk potensi komersial.

“Industri penternaka­n lebah madu pernah menjadi industri yang baik pada 1980-an sebelum ia musnah akibat penularan penyakit berkenaan,” katanya.Mohamad Hussin

Aktiviti untuk mencapai objektif ini termasuk menyelamat­kan lebah yang bersarang di kawasan kediaman, memperkena­l semula lebah di kawasan pertanian yang sudah kehilangan populasi lebah

 ??  ?? MOHAMAD Roff (tengah) dan Rozhan (dua dari kiri) melawat gerai pameran.
MOHAMAD Roff (tengah) dan Rozhan (dua dari kiri) melawat gerai pameran.
 ??  ?? PENGUNJUNG mengambil peluang melawat gerai pameran.
PENGUNJUNG mengambil peluang melawat gerai pameran.

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia