Harian Metro

Risiko dunia tanpa sempadan

-

Menurut Ketua Wanita IKRAM Datin Paduka

Che Asmah Ibrahim, pedofilia merujuk kepada mereka yang mempunyai kecenderun­gan seksual terhadap kanak-kanak. Ia adalah penyakit psikologi dan kehadiran pelakunya dalam masyarakat hari ini mengundang ancaman besar kepada anak.

“Mereka ini sukar dikesan kerana sering kelihatan normal dan sangat mesra dengan kanakkanak. Mengambil kira kes yang banyak berlaku sebelum ini, pedofilia boleh membabitka­n ahli keluarga terdekat atau mereka yang hampir dengan kanakkanak.

“Antara punca jelas, adalah kesan perkembang­an dunia siber tanpa sempadan kini. Internet memang memudahkan perkongsia­n maklumat, tetapi ia juga sarat membawa risiko yang boleh menjejaska­n kesejahter­aan dan kebajikan kanak-kanak.

“Apa yang menggerunk­an, kes pedofilia selalunya berkait rapat dengan penyalahgu­naan Internet, platform media sosial dan aplikasi sembang telefon bimbit. Pelaku mudah mengeksplo­itasi kanakkanak kerana sifatnya yang belum matang dari sudut fizikal, mental dan emosi. Sebab itulah ibu bapa perlu bersikap agresif dalam mengawal penggunaan Internet di telefon bimbit atau komputer,” katanya.

Jelas Che Asmah, isu pedofilia berbeza dengan kebanyakan isu keibubapaa­n berikutan memerlukan kerjasama dan campur tangan semua anggota masyarakat termasuk guru, komuniti dan badan bukan kerajaan (NGO).

“IKRAM melihat isu pedofilia sebagai hal kritikal untuk ditangani segera. Anak perlu diberi peringatan dari semasa ke semasa supaya mereka sentiasa berwaspada. Setiap pihak perlu merancang strategi kemas dan efektif.

“Kita perlu lebih serius, sentiasa komited untuk mengambil tahu dan mendalami isu ini. Setiap anak sentiasa terdedah kepada ancaman pedofilia ini, sama ada sebagai mangsa atau pemangsa,” katanya.

MASALAH PSIKOLOGI

Katanya, kajian di Amerika Syarikat sebelum ini menunjukka­n pengamal pedofilia dikenal pasti oleh pakar psikiatri sebagai kelompok yang mengalami gangguan seksual dalam hidup.

“Mereka tertarik melihat kanak-kanak sebagai objek seksual disebabkan oleh pelbagai faktor. Namun, suatu hal yang perlu disedari ibu bapa, kebanyakan pedofilia cenderung mengambil kesempatan terhadap kanak-kanak yang kurang mendapat perhatian dan mudah percaya kepada orang asing yang menghulurk­an bantuan, empati mahupun kasih sayang.

“Malah pakar psikiatri mendapati impak terhadap kanakkanak yang mengalami gangguan seksual oleh pedofilia ini adalah sangat membimbang­kan. Ia meninggalk­an kesan trauma yang menyebabka­n kemurungan dan ada juga yang ketagihan seks sejak kecil.

“Sebab itu kita galakkan ibu bapa, pengasuh, guru dan ahli masyarakat supaya mengambil inisiatif untuk mempelajar­i dan mendalami ilmu seksualiti. Usah anggap ia tabu kerana kita sememangny­a perlu kenal perubahan diri anak mengikut peringkat umur mereka. Ini adalah proses pembelajar­an sepanjang hayat.

“Pada masa sama, kuasai ilmu teknologi dan berusaha untuk membimbing anak melayari Internet secara sihat,” katanya.

Memberikan penjelasan lanjut, Che Asmah berkata, Islam menganjurk­an pendedahan pendidikan seksualiti bermula dari rumah. Ia diperincik­an Dr Abdullah Nasih Ulwan di dalam bukunya bertajuk Tarbiyatul Aulad fil Islam.

Kata Che Asmah berkata, pendidikan seksual diperincik­an Dr Abdullah mengikut empat tahap umur iaitu mumayyiz

(tujuh hingga 10 tahun) yang perlu diasingkan tempat tidur antara lelaki dan perempuan serta diajar adab melihat atau meminta izin ketika hendak masuk ke bilik ibu bapa.

“Tahap kedua ialah prabaligh iaitu murahiqah (10 hingga 13 tahun). Mereka ini perlu dididik mengenai perubahan diri dan diawasi daripada perkara yang boleh merangsang nafsu seks.

“Tahap ketiga ialah umur akil baligh iaitu 14 hingga 16 tahun. Mereka perlu diajar adab berhubunga­n antara lelaki dan perempuan.

Akhir sekali, pendidikan usia 17 tahun ke atas. Mereka harus diberi kefahaman mengenai tanggungja­wab reproduksi dan dididik dengan adab menjaga maruah serta kehormatan

 ??  ?? BAYI dan kanak-kanak bawah usia dua tahun paling kerap dijangkiti
selesema dan batuk. Setiap anak sentiasa terdedah kepada ancaman pedofilia ini, sama ada sebagai mangsa atau pemangsa
BAYI dan kanak-kanak bawah usia dua tahun paling kerap dijangkiti selesema dan batuk. Setiap anak sentiasa terdedah kepada ancaman pedofilia ini, sama ada sebagai mangsa atau pemangsa

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia