Harian Metro

HASIL MENU BERTERAS TENUSU

- Intan Mas Ayu Shahimi imas@hmetro.com.my

Kempen babit 10 personalit­i media sosial gabung cita rasa New Zealand, Malaysia

Bagaimana agaknya apabila 10 personalit­i media sosial berpengaru­h di Malaysia yang suka memasak menunjukka­n kepakaran masingmasi­ng? Pastinya lahir pelbagai resipi enak dan unik yang mungkin menjadi popular seperti pemiliknya.

Inilah yang berlaku apabila Fonterra Brands Malaysia melancarka­n kempen Fonterra First Feasts membabitka­n 10 personalit­i media sosial yang diminta mencipta resipi inovatif menggabung­kan cita rasa New Zealand dan Malaysia menggunaka­n produk Fonterra, termasuk yogurt Anlene dan susu UHT Fernleaf baru. Semua sajian berkenaan, kemudian dikongsi di media sosial untuk mengumpul undi dan mendapatka­n komen daripada orang ramai.

Pengurus Hal Ehwal Fonterra Brands Malaysia, Manisya Ismail berkata, kempen berkenaan dianjurkan bagi mendidik orang ramai mengenai khasiat pemakanan produk tenusu, sekali gus menunjukka­n bagaimana ia boleh digunakan untuk mencipta hidangan lazat di rumah. Berikutan itu, ia mengambil inisiatif berganding bahu dengan cef selebriti cilik dan bintang sensasi Instagram, Danish Harraz.

“Kami teruja apabila berpeluang berganding bahu dengan Danish dan tukang masak di rumah yang lain untuk memberi inspirasi kepada tambahkan satu sudu besar gelatin, kacau sebati. 4. Tuang susu panas yang ditambah gelatin ke dalam adunan dan kacau. 5. Tambahkan 110 gram yogurt ke dalam adunan dan kacau sehingga sebati. 6. Tuang adunan ke dalam loyang dan susun buah kiwi yang sudah dipotong kecil. 7. Biarkan adunan sejuk seketika dan masukkan ke rakyat Malaysia supaya menggunaka­n lebih banyak produk tenusu.

“Mungkin ramai tidak sedar, sebenarnya banyak manfaat dan khasiat pemakanan boleh didapati menerusi sumber tenusu. Ia bukan saja bersifat serba guna dalam melengkapi pelbagai sajian, tetapi mampu melengkapk­an keperluan nutrien harian.

“Umpamanya, susu UHT Fernleaf yang kaya kalsium dan protein. Ia baik untuk kesihatan jantung dan tulang serta mampu membekalka­n tenaga diperlukan tubuh,” katanya.

Jelas Manisya, semua resipi inovatif yang disediakan personalit­i media sosial kali ini sesuai untuk semua peringkat usia dan boleh dicuba sendiri di rumah.

Dalam pada itu, Danish berkata, dia seronok dapat bekerjasam­a dengan Fonterra dalam usaha mendorong rakyat dalam peti sejuk semalaman.

B. Lempeng

1. Satukan semua bahan kecuali garam dan mentega. Kacau rata dan masukkan garam secukup rasa. Tapis dan rehatkan adunan sebentar.

2. Panaskan kuali, letakkan sedikit mentega dan sapu hingga menyeluruh. Tuang 1/3 cawan adunan lempeng Malaysia menambah produk tenusu dalam masakan.

“Sebagai seorang yang suka memasak di rumah, saya memang suka menggunaka­n hasil tenusu seperti keju dan yogurt untuk menambah perisa serta memberikan sedikit tekstur dalam sajian. Tip ini sesuai dicuba sesiapa saja, khususnya mereka yang suka ke dapur,” katanya.

Antara personalit­i media sosial yang mengambil bahagian adalah Ayue Idris, Mawardi Yunus, Cik Lily Putih, Broframest­one, Atie Hilmi, Mahardi Mohd Ariffin, Syafiera Yamin, Sabby Prue, Iena Elina dan Innanie Arrifin.

Sementara pengundi bertuah untuk kempen ini berpeluang memenangi pelbagai hadiah termasuk produk Fonterra bernilai sehingga RM500, peralatan memasak Tefal dan kamera Fujifilm Instax Mini 8. dan bentukkan sehingga rata. 3. Bila permukaan lempeng nampak pucat dan tepinya renggang sedikit dari kuali, terbalikka­n dan masak sebelah lagi.

4. Angkat dan ulang langkah sama untuk baki adunan. 5. Selesai kedua-dua bahagian, keluarkan kek keju dan apit dengan lempeng yang baru di masak. Potong dan hias mengikut cita rasa anda.

 ??  ??

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia