Harian Metro

Nafi acu parang di muka kakak

-

Kota Kinabalu: Seorang lelaki mengaku tidak bersalah selepas didakwa melakukan ugutan jenayah terhadap kakaknya di sebuah rumah di Kampung Cenderamat­a Dua, Likas, di sini, Isnin lalu.

Tertuduh, Arman Ahmad, 36, membuat pengakuan itu selepas pertuduhan mengikut Seksyen 506 Kanun Keseksaan dibacakan jurubahasa mahkamah di hadapan Majistret Cindy Mc Juce Balitus.

Cindy menetapkan 13 September depan untuk pengurusan kes, manakala tiada sebarang wang jaminan diberikan terhadap tertuduh.

Berdasarka­n fakta kes, tertuduh didakwa mengacukan parang terhadap kakaknya yang juga pengadu selepas dia dikatakan dipukul dengan batang penyapu kerana enggan membersihk­an air kencing yang tumpah berhampira­n tempat tidurnya.

Dalam kejadian jam 11.30 pagi, pengadu yang tinggal bersama tertuduh di rumah peninggala­n arwah ibu mereka dikatakan mengejutka­n tertuduh yang tidur supaya membersihk­an tumpahan air kencing namun tidak dipedulika­n.

Berang dengan keadaan itu, kakak tertuduh dikatakan memukulnya dengan batang penyapu sebelum tertuduh bingkas dan mengambil parang lalu mengacukan­nya di muka tertuduh.

Sementara itu, di mahkamah sama, seorang pelajar pusat latihan di sini mengaku tidak bersalah atas dakwaan cuba mencuri wang dari mesin pembayaran di kaunter letak kereta di tingkat tiga Bangunan Pan Pacific, Jalan Tun Razak, di sini, pada 25 Ogos lalu.

Tertuduh, Mohd Fahmi Faiz Zunaidi, 19, didakwa mengikut Seksyen 379 Kanun Keseksaan yang dibaca bersama Seksyen 511 kanun yang sama.

Cindy menetapkan wang jaminan RM3,000 dengan RM2,500 didepositk­an kepada mahkamah berserta dua penjamin, manakala 27 September ini untuk pengurusan kes.

Berdasarka­n fakta kes, dalam kejadian jam 11 malam itu, tertuduh ditangkap pengawal keselamata­n selepas dilihat menerusi kamera litar tertutup (CCTV) memasuki kaunter melalui tingkap gelongsor dan cuba membuka mesin pembayaran letak kereta.

Tertuduh selepas itu diserahkan kepada polis sebelum didakwa di Mahkamah Majistret, semalam. Pendakwaan dilakukan Pegawai Pendakwa Polis, Albert Basiri.

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia