Harian Metro

Curi gaharu jam 3 pagi

- Malek Joseph cnews@nstp.com.my

„ Dua lelaki didakwa seludup kayu bernilai tinggi ke pasaran gelap Indonesia

Tidak hanya berputih mata apabila kayu gaharu curi mereka dirampas, dua lelaki turut didakwa di Mahkamah Seksyen Kuching di sini, kelmarin kerana melakukan kesalahan itu mengikut Seksyen 30(2) Ordinan Perlindung­an Hidupan Liar 1998.

Kedua-dua lelaki berkenaan, masing-masing seorang warga tempatan dan warga Indonesia sebelum itu ditahan Pasukan Gerakan Am (PGA) Batalion 11 ketika cuba menyeludup keluar 1.75 kilogram kayu bernilai tinggi itu ke Kalimantan, Indonesia.

Pendakwaan dikendalik­an Timbalan Pendakwara­ya Evy Liana Atang, dibantu Pegawai Undang-Undang, Ma Xiang Rui dari Pejabat Peguam Besar Negeri Sarawak.

Kesalahan itu dilakukan kedua-dua tertuduh dengan mengambil kayu gaharu di Tubih, Serian pada 24 Ogos lalu jam 3 pagi sebelum cuba diseludup keluar melalui Jalan Kampung Mongkos ke sempadan Kalimantan Barat, Indonesia untuk dijual di pasaran gelap.

Sementara itu, Pengarah Jabatan Hutan Sarawak (JHS), Hamden Mohammad menghargai komitmen berterusan Polis Diraja Malaysia (PDRM), khususnya PGA dalam membantera­s kegiatan penyeludup­an hasil perkayuan negeri termasuk sindiket pembalakan haram.

Beliau juga memberi amaran tegas akan mengambil tindakan drastik terhadap sebarang pelanggara­n Ordinan Perlindung­an Hidupan Liar 1998, Ordinan Hutan 2015 dan Ordinan Rizab Semulajadi dan Taman Negara 1998 demi menjaga kelestaria­n semula jadi di Sarawak.

 ??  ?? DUA lelaki yang ditahan cuba m e nye l u d u p kayu gaharu ke Indonesia.
DUA lelaki yang ditahan cuba m e nye l u d u p kayu gaharu ke Indonesia.
 ??  ?? KAYU gaharu yang dirampas.
KAYU gaharu yang dirampas.

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia