Harian Metro

Usaha tanah terbiar

-

Kimanis: Tanah terbiar seluas 1,360 hektar di kawasan Bongawan dan Papar akan diusahakan untuk projek penanaman padi membabitka­n kerjasama beberapa jabatan serta agensi berkaitan.

Pembantu Menteri Pertanian dan Industri Makanan negeri, Dr Daud Yusof berkata, peringkat pertama projek penanaman padi itu akan dimulakan di Bongawan membabitka­n empat kampung iaitu Bunal, Darat Pauh, Sabang dan Luagan.

“Empat kawasan yang terbabit ini dikategori­kan sebagai K1 yang mempunyai sumber pengairan dan sistem teratur. Kita akan mulakan usaha ini di tanah terbiar seluas 40 hektar di Kampung Bunal sebagai permulaan.

“Kemudian, kita akan memperluas­kan projek ini ke kawasan tanah terbiar yang tiada kemudahan tali air untuk diusahakan seperti Kampung Padang, Tarap dan Kenangan sebelum ke kawasan Papar, antaranya Benoni, Kampung Langkawit dan Sungai Padang,” katanya.

Beliau ditemui media selepas meninjau tanah terbiar untuk projek penanaman padi di Kampung Bunal, di sini, semalam.

Menurutnya, tanah terbiar di sekitar Bongawan yang bakal diusahakan ini membabitka­n keluasan lebih 400 hektar.

“Di sekitar Bongawan saja, tanah terbiar berdaftar berkeluasa­n 216 hektar, namun jika dicampur dengan tanah tidak berdaftar semuanya berkeluasa­n lebih 400 hektar.

“Di peringkat permulaan, kerajaan menyediaka­n peruntukan RM200,000 bagi kerja pembajakan tanah terbiar di Kampung Bunal yang akan dimulakan Oktober ini.

“Usaha untuk melaksanak­an projek penanaman padi ini bukan saja ditumpukan di kawasan Bongawan atau Papar, malah akan diluaskan di seluruh Sabah sekali gus menjadikan Sabah sebagai negeri pengeluar padi,” katanya.

 ??  ?? DAUD (tiga dari kanan) meninjau kerja membajak tanah di Kampung Bunal, Bongawan.
DAUD (tiga dari kanan) meninjau kerja membajak tanah di Kampung Bunal, Bongawan.

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia