Harian Metro

Kayuhan solo warga emas

- Suzianah Jiffar suzianah@nstp.com.my

Usia 61 tahun tidak menjadi penghalang buat pesara Jabatan Penerangan, Richard Ansin Odiak, menyemai semangat patriotik melalui kayuhan solo berbasikal.

Berasal dari Kampung Lodung, Kudat, Richard, melakukan kayuhan solo sejauh 211 kilometer (km) bermula pada 28 Ogos lalu di Kudat, sebelum ke Kota Marudu, Kota Belud, Tuaran dan berakhir di Kota Kinabalu semalam.

“Sebagai bekas pegawai penerangan, saya terpanggil melakukan aktiviti ini bagi menyemarak­kan semangat patriotism­e dalam kalangan rakyat dan menyatakan rasa sayang kepada negara, khususnya sempena bulan kemerdekaa­n ini.

“Saya berharap usaha ini menjadi inspirasi kepada orang muda untuk melakukan perkara sama. Jika warga tua boleh melakukann­ya, apatah lagi orang muda.

“Sebenarnya perancanga­n melakukan kayuhan solo basikal ini sudah lama diimpikan dan akhirnya dapat direalisas­ikan buat julung kalinya,” katanya pada majlis Sayangi Malaysiaku

sempena Merdeka@ Komuniti di pekarangan bangunan Wisma Dang Bandang, di sini, semalam.

Sejurus tiba, Richard menyerahka­n Jalur Gemilang kepada Pengarah Penerangan Sabah, Norzawiyah Bulka sebelum menandatan­gani Buku Kembara Medeka Jalur Gemilang 2018.

„ Pesara berbasikal 211km pupuk semangat patriotism­e

Richard yang aktif dalam sukan berbasikal sebelum ini berkata, pada mulanya beliau gementar untuk misi solo berkenaan atas faktor usia, namun sokongan keluarga, rakan serta Jabatan Penerangan Sabah membolehka­n ia direalisas­ikan.

Bapa kepada dua anak itu berkata, keletihan, cuaca panas dan keadaan geografi sepanjang laluan antara cabaran perlu ditempuh, namun latihan selama sebulan dengan berbasikal di kawasan bukit sejauh 40km setiap hari, ia berjaya dilalui dengan baik.

“Saya merancang melakukan misi sama pada tahun depan dengan meluaskan kawasan iaitu dari Kudat hingga ke Keningau,” katanya yang turut mendapat sokongan orang ramai di setiap daerah dilalui.

Pada majlis sama, Norzawiyah menyerahka­n 10 Jalur Gemilang kepada Muafakat Komuniti Malaysia Bandaraya Kota Kinabalu.

 ??  ?? RICHARD (tengah) di pekarangan Wisma Dang Bandang selepas melakukan kayuhan basikal solo berbasikal sempena bulan Kebangsaan yang bertemakan Sayangi Malaysiaku.
RICHARD (tengah) di pekarangan Wisma Dang Bandang selepas melakukan kayuhan basikal solo berbasikal sempena bulan Kebangsaan yang bertemakan Sayangi Malaysiaku.

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia