Harian Metro

Tubuh jawatankua­sa khas

-

Kota Kinabalu: Kerajaan perlu mewujudkan jawatankua­sa khas memantau harga barang dan memastikan peniaga di Sabah mematuhi sistem percukaian semasa bagi mengelak kekeliruan yang menjadi punca kenaikan harga barangan dan perkhidmat­an.

Aktivis pengguna dan hak asasi manusia, Datuk Patrick Sindu berkata, penting mencegah kenaikan harga khususnya di peringkat pembekal bagi menjamin harga akhir ditawarkan kepada pengguna berpatutan.

Katanya, tumpuan utama harus diberi kepada kawasan luar bandar berikutan harga barangan yang jauh lebih tinggi berbanding di bandar disebabkan faktor pengangkut­an dan kos lain ditanggung peniaga.

Sebagai contoh katanya, pemansuhan Cukai Barang dan Perkhidmat­an (GST) tidak dipatuhi berikutan ramai peniaga terutama pengusaha kedai runcit tidak mengubah harga walaupun mendapat bekalan baru daripada pembekal dengan harga sifar GST.

“Walaupun kita faham mereka (peruncit) khususnya di luar bandar perlu mengambil kira banyak kos lain terutama pengangkut­an, setidak-tidaknya turunkan sedikit harga kerana pembekal tidak lagi mengenakan GST kepada mereka.

“Ia bukti yang mereka mematuhi pelaksanaa­n sistem percukaian semasa, namun keadaan ini tidak berlaku. Apa yang kita bimbang mereka mungkin mengambil kesempatan apabila Cukai Jualan dan Perkidmata­n (SST) dilaksanak­an nanti.

“Seperti diumumkan kerajaan, SST menetapkan cukai jualan 10 peratus, manakala perkhidmat­an sebanyak enam peratus mulai 1 September. Kalau tidak dipantau mungkin ada peniaga ambil kesempatan menaikkan harga hingga 16 peratus,” katanya kepada NSTP.

Sebelum ini, NSTP melaporkan masyarakat luar bandar di Sabah tetap berdepan harga barang lebih mahal berbanding di bandar walaupun selepas penghapusa­n cukai barangan dan perkhidmat­an (GST) sejak 1 Jun lalu.

Mengulas lanjut, Patrick berkata, walaupun SST hanya membabitka­n peringkat pengeluar, kerajaan harus memantau pihak pembekal dan peruncit kerana dikhuatiri ada yang keliru dan menyamakan SST seperti GST.

 ??  ?? PATRICK
PATRICK

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia