SINOPSIS TV
Datuk Borhan bersama anaknya iaitu Amelia, Mary dan Jane pulang ke Malaysia selepas dia menjual perniagaan di London.
Sebelum tiba di kampung, Mary sudah merungut kerana cuaca panas di Kuala Lumpur. Adik bongsunya, Jane pula ikut apa saja yang dikatakan Mary.
Keadaan bertambah rumit apabila mereka akan tinggal di kampung. Mereka akan menetap di rumah baru Borhan di Kuala Selangor.
Dalam perjalanan pulang, kereta mereka tergesel dengan kereta Kak Mia dan anaknya, Bella.
Kak Mia terus jatuh hati melihat Borhan yang kacak. Dia tidak jadi marah dan meminta sebarang ganti rugi. Lebih teruja apabila mengetahui Borhan adalah jirannya.
PELAKON: Diana Danielle, Amelia Henderson,
Jelita Kako dan Zarina Zainuddin Pong seorang pelajar sekolah menengah yang suka melukis.
Dia menjadikan Ming iaitu gadis idamannya sebagai watak utama dalam komik yang dilukisnya dan dia sendiri hero dalam komik berkenaan.
Pada suatu hari, Pong tersilap menghantar buku kerja rumah kepada gurunya. May Nhai yang terlihat buku komik berkenaan kemudian mendedahkan komik itu kepada rakan sekelas termasuk Ming.
PELAKON: Thiti Mahayotaruk, Narikun Ketprapakorn, Sutatta Udomsilp, Thanapob Leeratanakajorn dan Kanyawee Songmuang Hahou Mo pengamal seni mempertahankan diri.
Dia baru saja dibebaskan dari penjara atas kesalahan menyebabkan kematian pihak lawan dalam satu pertandingan.
Tiga tahun kemudian, pembunuh bersiri muncul dan membunuh semua guru seni mempertahankan diri yang sudah bersara.
Kebetulan, mereka adalah kenalan Hahou. Hahou bekerjasama dengan polis untuk menangkap penjenayah berkenaan.
PELAKON: Donnie Yen, Wang Baoqiang dan Charlie Young