Harian Metro

Patut tahu perkara asas

- Ridzuan Abdul Rahman mohamadrid­zuan@hmetro.com.my

Generasi muda termasuk artis perlu ada inisiatif ambil tahu sejarah negara

Salah siapa? Itulah yang terjadi apabila penyanyi remaja, Ben Ladin dikecam hebat peminat gara-gara gagal menjawab beberapa soalan pengetahua­n am.

Ben mengakui agak lemah dalam pengetahua­n sejarah tetapi tidaklah sehingga yang mudah pun dia tidak tahu.

Bagaimanap­un, rakaman kru program online F8Buzz yang menerjah Ben ketika sedang bersiap sedia untuk menjalani rakaman program KLTV, menampakka­n dia terlalu lemah sehingga soalan apa bunga kebangsaan Malaysia, nama bendera Malaysia, jumlah bucu pada bintang dalam Jalur Gemilang dan Perdana Menteri Malaysia ketiga pun gagal dijawab dengan baik.

Hanya satu soalan iaitu kereta pertama negara berjaya dijawabnya. Bagaimanap­un, perkara ini selesai apabila kedua-dua pihak berdamai dan rakaman yang dimuat naik di laman sosial F8Buzz itu sudah dibuang.

Persoalann­ya, benarkah artis memandang mudah perkara ini? Apakah orang biasa cukup pandai untuk menjawab seandainya ditanya soalan serupa?

Bling! mendapatka­n pandangan beberapa artis berkenaan isu hangat ini.

ALONG ZAIMI MENTOR MILENIA

(Penyanyi)

“Sebagai rakyat Malaysia, sangat perlu untuk kita tahu serba sedikit sejarah tanah air.

Pengetahua­n asas tarikh kemerdekaa­n negara, Rukun Negara, siapa Perdana Menteri kita dan apa gelaran mereka dalam negara perlu kita tahu.

Bukan nak menghentam sesiapa tetapi saya rasa sangat terkilan dan malu juga apabila segelintir artis muda tidak tahu mengenai merdeka sedangkan sejak di bangku sekolah sudah belajar perkara ini. Tipulah kalau tidak tahu langsung kan?

Saya bertuah kerana pernah masuk Program Latihan Khidmat Negara, jadi tahulah juga mengenai sejarah dan merdeka.

Mungkin sudah tiba masa kerajaan kena buat kem merdeka untuk artis muda.

Paling tidak pun, generasi muda kena ada inisiatif untuk ambil tahu cerita kemerdekaa­n tanah air.”

NAZEERA SARDI

(Pelakon)

“Saya bangga apabila bercakap mengenai merdeka kerana ia besar maknanya buat kita semua.

Bukan sekadar bebas penjajahan fizikal tetapi juga cengkaman pemikiran. Setiap rakyat perlu tahu mengenai merdeka supaya lebih menghargai dan bangga menjadi warganegar­a Malaysia.

Mengulas isu artis muda kurang prihatin berkenaan kemerdekaa­n dan sejarah tanah air, saya berpendapa­t semangat patriotik sememangny­a kurang dalam jiwa mereka.

Setiap pihak termasuk ibu bapa perlu pupuk perasaan ini, lama-kelamaan tak mustahil kita akan lebih cintakan negara dan bangga jadi rakyat Malaysia.”.

DAZRIN KAMARUDIN

(Pelakon)

“Pada saya isu besar dalam kes Ben Ladin ialah kurang prihatin berkenaan sejarah negara. Mungkin dia lebih fokus kepada benda lain.

Sebenarnya isu kenegaraan sukar dipupuk dalam jiwa kebanyakan orang kerana setiap orang ada kecenderun­gan berbeza. Ada yang minat sejarah, ada juga yang suka sains, bahasa dan lainnya.

Tiada siapa boleh bandingkan antara satu sama lain. Saya sendiri minat gajet dan kalau ditanya pasal gajet saya memang mahir.

Pada saya, kalau kita nak menilai seseorang dari sudut itu berkenaan kemerdekaa­n, soalan itu ditanya pada tempat dan masa yang salah.

Kesian juga pada Ben Ladin apabila kena begitu. Apabila tanya secara spontan dan muat naik rakaman itu, mungkin nampak kelakar di mata segelintir pihak.

Namun, apabila dihentam netizen ia dah jadi tak kelakar. Dia tengah fokus pada benda lain. Cubalah tanya soalan ini kepada 100 orang, mungkin dalam 20 atau 30 orang akan jadi macam dia.

Isu ini jadi besar disebabkan Ben Ladin seorang artis.

Kalau kita tiba-tiba diberikan soalan dan kita menggelaba­h, kita akan cari maklumat di Internet untuk dapatkan jawapan.

Mungkin Ben Ladin tahu jawapan, cuma dia panik untuk jawab dengan tepat. Sekurang-kurangnya dia boleh juga jawab.

Satu perkara lagi, memang remaja sekarang tak prihatin terhadap sejarah dan lebih fokus pada gajet. Semua pihak perlu belajar daripada apa yang berlaku.”

 ??  ?? Pada saya isu besar dalam kes Ben Ladin ialah kurang prihatin berkenaan sejarah negara. Mungkin dia lebih fokus kepada benda lain
Pada saya isu besar dalam kes Ben Ladin ialah kurang prihatin berkenaan sejarah negara. Mungkin dia lebih fokus kepada benda lain
 ??  ??
 ??  ??

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia