Harian Metro

AREOLA TEPIS ‘AIB’ PERANCIS

- AFP

Munich

Penjaga gol, Alphonse Areola menyelamat­kan juara dunia, Perancis daripada dimalukan selepas seri 0-0 dengan Jerman pada aksi pembukaan Liga Negara Eropah, semalam.

Areola yang memulakan perlawanan dalam kesebelasa­n utama menggantik­an kapten, Hugo Lloris yang cedera tampil dengan persembaha­n terpuji dengan melakukan beberapa aksi menyelamat hebat pada babak kedua.

Pertembung­an dua kuasa besar di Arena Allianz membabitka­n dua pemenang edisi Piala Dunia itu tampak seperti permulaan yang sempurna bagi memperkena­lkan kejohanan terbaru aksi antarabang­sa itu.

Begitupun, pertemuan yang berlangsun­g dalam keadaan hujan di Bavaria itu tidak berjalan seperti diharapkan sekalipun Perancis beraksi buat kali pertama selepas dimahkotak­an kejuaraan dunia Julai lalu dengan Jerman turun dengan misi memulihkan maruah.

“Saya tahu kami semakin tamak, tapi seri di Jerman satu keputusan yang bagus,” kata

„

jurulatih Perancis, Didier Deschamps.

Selepas berlangsun­g agak hambar pada separuh masa pertama, Jerman meningkatk­an tempo pada 30 minit terakhir permainan tetapi berulang kali dinafikan Areola yang menjadi penjaga gol ketiga di belakang Lloris dan Steve Mandanda.

Ia penampilan sulung Areola dalam kempen antarabang­sa dan menjadi satu-satunya perubahan yang dibuat oleh Deschamps terhadap skuad

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia