GILIRAN BADRUL
Sukan Malaysia (SUKMA), Perak bakal menyingkap tirai secara rasmi pada 11 September ini dengan persoalan, siapakah akan dinobatkan sebagai juara pecut yang baharu selepas Khairul Hafiz Jantan mengesahkan untuk tidak beraksi.
Kini, tiba masanya buat pelari muda menunjukkan bakat masing-masing dan antara nama yang bakal menjadi tumpuan pastinya Badrul Hisyam
Abdul Manap.
Badrul pernah menggegarkan arena olahraga negara apabila muncul pelari terpantas negara, sebelum kontroversi yang melandanya merencatkan rentak larian atlet kelahiran Melaka itu.
SUKMA Perak adalah waktu yang tepat buat Badrul kembali bangkit dengan jurulatih pecut, Mohd Poad Md Kassim
percaya atlet berusia 21 tahun itu mampu membuktikan kewibawaannya.
“Badrul mampu melakukannya. Apa yang penting adalah terus fokus dan jangan putus
asa.
(gambar)
“Ketika sesi latihan semuanya sama. Tiada jauh
bezanya dia dengan Khairul Hafiz, jadi jika
dia mampu memberi yang terbaik tiada masalah untuk dia kembali menyinar,” katanya.
Badrul adalah anggota kuartet 4x100 meter yang memegang rekod kebangsaan ketika Sukan SEA 2017 Kuala Lumpur (KL2017), namun diketepikan ketika temasya Sukan Asia Jakarta-Palembang baru-baru.
Bagaimanapun, Poad menegaskan, perkara itu tidak melunturkan semangat Badrul.
“Badrul masih berlatih seperti
biasa. Malah dia tampak lebih bersemangat untuk kembali ke kemuncak. Dia cukup fokus dan serius dalam latihan, jadi SUKMA adalah peluang terbaik untuknya kembali menguasai acara pecut ini,” kata Poad.
Acara olahraga SUKMA akan bermula dari 17 hingga 20 September ini di Stadium Perak Kompleks Majlis Bandaraya Ipoh.
Khairul Hafiz undur daripada SUKMA Perak