‘KAMI DAH LAPOR POLIS!’
Parlimen Batu Sapi sudah membuat laporan polis,” katanya mengulas dakwaan terbabit.
Beliau ditemui pada Program Bergerak Pusat Khidmat Rakyat Batu
Sapi di Terminal Bas Sandakan semalam. Turut hadir Presiden Majlis Perbandaran Sandakan (MPS) Datuk Peter Hii Chang Li.
Mengulas lanjut,
Vui Keong berkata, program bergerak itu akan diteruskan di pelbagai lokasi bagi membolehkan orang ramai mengemukakan sebarang pertanyaan dan aduan untuk bantuan segera.
Sementara itu, dalam hal lain, Chang Li berkata, MPS akan mengkaji permohonan Persatuan Pengusaha Bas Mini Daerah Sandakan (PPBMDS) berhubung permintaan mereka supaya tapak terminal bas sedia ada di pusat bandar Sandakan dikekalkan.
“Persatuan boleh mengemukakan permohonan kepada MPS untuk kita teliti dan proses nanti termasuk membawa perkara itu ke mesyuarat penuh,” katanya.
Jawatankuasa PPBMDS diketuai Pengerusinya, Mohd Harun Ramli mengadakan perjumpaan ringkas bersama Chang Li dan Vui Keong sambil mengemukakan memorandum yang pernah mereka kemukakan sebelum ini.
Dalam memorandum itu, PPBMDS memohon supaya terminal bas sedia ada terus dikekalkan selain dinaik taraf bagi mencantikkan persekitaran terminal termasuk membaiki sistem perparitannya.
PPBMDS turut memohon supaya bangunan kosong yang terbiar berdekatan dengan kawasan terminal dapat digunakan pengusaha bas mini untuk operasi perkhidmatan mereka.